berita

[VIDEO] ‘Dekat Resit Berat Lain, Bila Nak Jual Timbang Lain Pula Berat’ – Wanita Alami Kerugian RM2k Ditipu Beli Emas

February 2nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Emas dan wanita memang tidak dapat dipisahkan, selain daripada menjadi perhiasan ianya juga boleh dijadikan sebagai pelaburan masa depan.

Bagaimanapun, pembeli emas sepatutnya ‘peka’ ketika membeli supaya tidak ditipu oleh penjual dan tidak rugi di kemudian hari.

Artikel Berkaitan: Pakai Emas 60kg Masa Kahwin, Tetamu Kasihan Pengantin Perempuan Kena ‘Tayang’ Hantaran’ Suami

Artikel Berkaitan: Makin Menjadi-Jadi Pula Trend Tayang Emas Di Media Sosial…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Emas 1/2 Kilogram, Rumah Agam 3 Tingkat & Duit Hantaran RM30k, Wanita Bertuah Dapat Suami Kaya!

Kena tipu bila beli emas

Seperti video yang boleh dijadikan pengajaran dikongsi oleh YL Gold Empire di laman TikTok, tampil menceritakan seorang wanita yang dipercayai ditipu ketika membeli emas jenis 916.

Kesian makcik dekat resit berat lain, bila nak jual timbang lain pula berat.

Difahamkan, wanita ini datang ke kedai berkenaan bagi menjual semula gelang emas yang dibelinya dahulu di sebuah kedai yang lain dengan berat 40.55 gram.

Namun, selepas ditimbang rupa-rupanya berat gelang tersebut hanyalah 32.92 gram dan angka tersebut berbeza seperti mana yang dicatat pada resit.

Makcik cakap dia tak pernah potong gelang itu.

Menerusi kiraan yang dibuat, wanita ini mengalami kerugian sebanyak 7.63 gram dan harga semasa kerugian tersebut dianggarkan sebanyak (RM1,853).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berkongsi pengalaman yang sama ditipu ketika membeli emas dan sempat memberikan nasihat supaya lebih berwaspada selepas ini.

Video penuh:

@ylgoldempire kalau acik dah bersedia datang semula ya..kami tunggu… #fyp #esekeli ? original sound – AD BEAT

Respon netizen

Sumber: YL Gold Empire

SKIP THIS AD ×