berita

[VIDEO] Dengan Daun Limau Purut Di Tangan Depan Laptop, Telatah Guru Semasa PdPR Tarik Perhatian Netizen!

January 27th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda, kaedah sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lazimnya berlangsung di sekolah terpaksa digantikan menggunakan alternatif yang baharu iaitu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Alternatif ini digunakan bagi memastikan setiap pelajar tidak keciciran dan mendapat pendidikan yang sama seperti di sekolah walaupun berada di rumah.

Artikel Berkaitan: Modal Niaga Dah Habis, Anak Tak Boleh Belajar Online. Kisah Ibu Ini Undang Sebak

Artikel Berkaitan: 8 Guru Positif Di Terengganu, Ibu Bapa Bimbang Nak Exam

Artikel Berkaitan: Demi Kelas Online, Murid Ini Terpaksa ‘Lepak’ Dalam Ladang Kelapa Sawit

Namun, di sebalik pelaksanaan PdPR ini para guru dan murid-murid juga mengalami beberapa masalah lain yang timbul berikutan berada di rumah. Malahan, jika guru itu berada di rumah, pelbagai tugasan lain yang perlu dilakukan lagi-lagi jika beliau merupakan guru wanita.

Seperti video trending di laman TikTok, dikongsi seorang pengguna dikenali Wawa menunjukkan ibunya yang bertugas sebagai guru yang perlu membuat kelas secara atas talian dan pada masa yang sama perlu memasak buat keluarganya

Memasak sambil mengajar

Menerusi dua buah video yang dimuat naik oleh anaknya, menceritakan pengorbanan seorang guru dikenali sebagai Cikgu Rashidah yang sedang mengajar anak muridnya menerusi kaedah secara atas talian dan pada masa yang sama sedang memasak buat ahli keluarganya. Jika dilihat, Cikgu Rashidah mengajar subjek Bahasa Inggeris berikutan kertas latihan yang digunakan olehnya.

Walaupun, ketika proses PdPR itu berlangsung dan hanya seorang murid sahaja yang memasuki kelasnya, beliau tetap bersemangat dalam mencurahkan ilmu kepada pelajarnya yang merupakan pelajar pendidikan khas. Jelas guru ini juga, beliau akan menghadiahkan sesuatu buat pelajarnya yang turut serta dalam kelas tersebut.

Malahan apa yang lebih mencuitkan, apabila cikgu ini sempat ‘berlari’ ke dapur sambil memegang daun limau purut. Beliau juga sempat mengatakan kepada anaknya bahawa beliau mampu melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu, mengajar sambil memasak.

Video cikgu

@azwnjhhThe struggle of my mom ajar budak pendidikan khas?? original sound – ????

@azwnjhhSambil mengajar sambil berlari nak masak >&lt? original sound – ????

Sumber: Wawa

SKIP THIS AD ×