berita

[VIDEO] Derita Langit Merah Darah, Akhirnya Hujan Membasahi Bumi Australia

January 6th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Akhirnya, bumi Mallacoota, Australia dibasahi hujan setelah negara itu berdepan dengan kebakaran yang besar mencecah keluasan 5 juta hektar. Sebuah video yang sempat dirakam menerusi Twitter Kevin Valdiviezo menyaksikan sekumpulan anggota bomba dan seorang pegawal perubatan tersenyum kegembiraan apabila hujan membasahi bumi Australia.

Akhirnya, bumi Australia hujan

Video yang dimuatnaik di laman Twitter ini telah mendapat lebih 50ribu retweet sekali gus meraih perhatian dunia mensyukuri hujan membasahi sekitar lokasi kebakaran di negara itu. Rata-rata warganet dari seluruh dunia meluahkan kesyukuran dan mendoakan rakyat Australia yang menghadapi bencana itu.

Catat suhu paling kering

Sementara itu, menurut The Conversation melaporkan krisis kebakaran belukar yang dilaporkan bermula sejak September tahun lalu telah menyebabkan kemusnahan hutan seluas kira-kira 5 juta hektar serta mengorbankan lebih 480 juta haiwan pelbagai spesies. Ini juga dapat disifatkan negara Australia merupakan negara yang mencatatkan suhu paling kering pada tahun lalu.

Steady rain for hours

Australian bush fire

Hujan membasahi Batemans Bay

Sumber: Cyc News, Kevin Valdiviezo, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×