Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini yang memaparkan pelakon Puteri Sarah berkongsi hubungan baiknya dengan bekas suami iaitu Syamsul Yusof.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ada Yang Cemburu Betapa Kami Kisahkan Puteri Sarah’ – Patimah Ismail
Makan bertambah
Menerusi video di TikTok, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata Syamsul sering melawat anak-anak serta keluar beriadah bersama.
selebriti itu sempat berseloroh memberitahu Syamsul pernah singgah makan di rumahnya sampai bertambah dua kali menikmati hidangan tersebut.
Sebab itu la bila dia datang rumah, dia makan sampai dua kali. Eh tercakap pula. Kadang-kadang dia datang nak tengok anak, lepas itu dia makan dua kali. Eh!
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa Puteri Sarah berkemungkinan sedang mengusik isteri baru bekas suaminya itu iaitu Ira Kazar.
Terdahulu, isteri Syamsul iaitu Ira Kazar sering berkongsi resipi dan masakan seperti masakan western dan sambal sotong di media sosial.
Sekadar info, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan ramai apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.
Kemudian, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bercerai talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.
Selepas bercerai, Puteri Sarah membuat keputusan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.
Sumber: TikTok