Desas-desus dakwaan yang mengatakan pelakon Hisyam Hamid dan isteri Rosmawati Hanafi telah berpisah makin kencang diperkatakan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Lagi Suami Orang’ – Hisyam Hamid
Artikel Berkaitan: Minta Scha Elinnea Guna ‘Baby’ Dekat Set Penggambaran, Isteri Hisyam Hamid Memahami
Hubungan masih baik
Ketika ditemui OhBulan!, Hisham menegaskan bahawa dia enggan mengulas dengan lebih terperinci tentang dakwaan tersebut.
Dalam setiap perkahwinan mesti akan ada masalah, ada pasang surutnya dan sebagainya.
Apa yang boleh saya katakan sekarang ini, saya belum bersedia untuk ulas atau beri apa-apa komen tentang perkara ini.
Pelakon berasal dari Singapura itu berkata tindakan tersebut adalah demi menjaga hati banyak pihak terutama anak-anak mereka.
Banyak faktor yang kena ambil kira, nak jaga hati dan perasaan anak-anak terutamanya. Sebab tu buat masa ini, itu sahaja komen yang dapat saya beri.
Saya faham, sebagai seorang public figure orang nak tahu. Saya faham ada peminat-peminat yang bertanya. Ramai juga yang mendoakan.
Hisyam berkata demikian semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Anjuran Global Station Sdn Bhd yang berlangsung di Kemensah Heights, Kuala Lumpur, semalam.
Bagaimanapun, aktor berusia 39 tahun ini mendedahkan bahawa dia dan Rosmawati yang juga merangkap pengurusnya masih mempunyai hubungan yang baik.
Hubungan kami okay sehingga sekarang. Hari raya pun keluar bersama anak-anak.
Tak ada masalah dari segi hubungan, malah dia masih lagi mengurus kerjaya saya. Tiada masalah dari sudut itu.
Terdahulu, Hisyam menepis dakwaan rumah tangganya sedang bergolak gara-gara jarang berkongsi momen bersama isteri.
Untuk info, Hisham dan Rosmawati telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2006. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.
@ohbulanofficial Pelakon Hisyam Hamid dan isteri Rosmawati Hanafi telah berpisah? But why.. ? #ohbulan #sembangentertainment #hisyamhamid #cerai