berita

Video : Disebalik Photoshoot Newborn Black Junior, Cuteness Overload!

March 3rd, 2015 | by Wan
Kini Trending

black1

Minggu lepas buat pertama kali Black Hanifah bertindak memuat naik foto baby nya, Khaleef Dayyan buat tatapan peminat. Iyalah mungkin Black mahu mengikut adat orang dulu-dulu, foto baby tersebut hanya dikongsi selepas 44 hari.

Seperti anak selebriti yang lain, Black turut berkesempatan membuat photoshoot newborn Khaleef. Jom kita layan video disebalik photoshoot tersebut, memang comel!

Black Junior

black2

Black telah mendapatkan khidmat thephotolicious bagi merakam foto anaknya yang dilahirkan pada 13 Januari lalu di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya.

Memang comel anak Black ini, sebijik macam muka bapanya. Mungkin atas faktor tersebut, isteri Black menggelarkan Khaleef sebagai Black junior. Berikut merupakan video disebalik photoshoot Khaleef, cute!

Kredit Video : thephotolicious

 

SKIP THIS AD ×