Sabtu lalu, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita dua orang pelakon didakwa berkhalwat di salah sebuah kondominium mewah di ibu kota.
Kontroversi tersebut mendapat perhatian ramai pihak termasuk doktor perubatan dan personaliti media sosial Dr Say Shazril.
Artikel Berkaitan: ‘Suami Orang Menggatal Aku Maki Terus, Tak Kisahlah Pelakon Atau Kru’ – Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Wujudnya Orang Ketiga Sebab Lelaki Beri Ruang Kepada Diri Sendiri & Partner Dia Tu’ – Redza Rosli
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Pandang Jelik Atau Hina Wanita Bersalin Caesar, Bagi Saya Sangat Tak Berasas’ – Dr Say
‘Manusia susah berubah’
Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Say percaya bahawa manusia sukar untuk berubah terutama jika pernah bermain kayu tiga di belakang pasangan mereka berkali-kali.
Sekali lagi negara kita dikejutkan dengan kisah seorang suami yang curang kepada isterinya dan ini bukan kali pertama dia curang.
Bak kata Maya Angelou, apabila seseorang menunjukkan kepada anda siapa diri mereka, percayalah mereka pada kali pertama. Maksudnya sekiranya seseorang itu pernah kantoi curang, percayalah dia akan buat sebab manusia ini susah nak berubah.
Saya tahu apa yang saya cakap ini boleh ‘backfire’ kepada diri saya sendiri. Nauzubillah, tetapi ‘it is what it is, once a cheater will always be a cheater’.
Menurut Dr Say adalah lebih baik mengutamakan kebahagiaan diri sendiri terlebih dahulu, kerana tindakan berdiam diri dari masalah tersebut hanya akan menjejaskan emosi dan mental.
Jadi kepada mereka yang mungkin berdepan dengan pasangan sebegini cukuplah berdiam diri menyembunyikan kesakitan yang anda hadapi dan bebaskan diri daripada emotional and mental torture sebab pada akhirnya diri anda lebih penting daripada orang lain.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut menasihati individu yang menjadi mangsa curang supaya tidak lagi memberi peluang kepada pasangan mereka.
Baik kepada wanita mahupun lelaki. Saya percaya yang manusia ni susah nak berubah. Kena sekali mungkin boleh dimaafkan tapi kalau dah kena dua, tiga atau berkali-kali, anda hanya menyakiti diri sendiri.
Buat langkah yang bijak dan pergilah. Mungkin susah sebab anak-anak tapi bukankah lagi sayu bila anak-anak tengok mak menangis seorang diri, terkapai-kapai seorang diri? You are better than this.
@say_shazril0 Baik kepada wanita mahupun lelaki. Sy percaya yg manusia ni susah nak berubah. Kena sekali mungkin boleh dimaafkan tapi kalau dah kena dua, tiga atau berkali-kali, you are only hurting yourself. Make the wise move and walk away. Mungkin susah sebab anak2 tapi bukankah lagi sayu bila anak2 tengok mak menangis seorang diri, terkapai2 seorang diri? You are better than this.
Sumber: TikTok Dr Say