berita

‘Suami Orang Menggatal Aku Maki Terus, Tak Kisahlah Pelakon Atau Kru’ – Puteri Balqis

March 11th, 2024 | by Alia
Kini Trending

aqish curang

Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis kecewa dengan sikap segelintir individu yang sanggup berlaku curang dan menjadi orang ketiga dalam perhubungan seseorang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Takut, Tak Tahu Kesabaran Ini Sampai Bila’ – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

Artikel Berkaitan: Netizen Terpukau Dengar ‘British Accent’ Puteri Balqis, Harap Bergandingan Dengan Zahirah MacWilson – ‘Sedaplah Dengar Dia Cakap’

Nasihat Aqish

aqish curang

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish meluahkan pendapatnya terhadap isu keretakan rumah tangga yang berpunca daripada orang ketiga.

Menurut pelakon drama Rampas Cintaku ini, ianya adalah lumrah apabila seorang aktres perlu bekerjasama dengan aktor atau kru yang berstatus suami orang. Namun, sebagai seorang wanita seharusnya perlu mengelak daripada menjalinkan hubungan terlarang dengan lelaki sudah beristeri.

One thing, bila berada dalam industri, tak kira usia sama ada belasan tahun atau lebih berumur, kita berhadapan dengan pelakon-pelakon lelaki dan kru-kru lelaki yang berstatus suami orang.

Kalau lelaki tak boleh setia, kita sebagai wanita, kasihanilah isteri-isteri mereka yang mengharapkan kesetiaan. Kita yang kena kuatkan diri.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 17 tahun ini menitip nasihat agar setiap selebriti wanita menjadi lebih tegas jika mereka digoda demi menjaga maruah dan rumah tangga yang telah dibina.

Elakkan mengada-ngada atau cuba menggoda mereka. Kalau mereka cuba hampir dengan kita dan bukan kerana urusan kerja, lari.

Nyoroklah mana-mana, belakang lori ke, duduk dalam bilik atau kereta.

Kalau aku, suami orang menggatal, aku maki terus. Tak kisahlah pelakon ke kru. Hati dan perasaan isteri mereka lebih penting.

Bagaimanapun, Aqish tidak menyebut nama mana-mana individu berhubung hantaran berkenaan.

Terdahulu, industri hiburan tempatan digemparkan dengan berita dua orang pelakon telah didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada pagi Sabtu.

Sumber: IG Puteri Balqis

SKIP THIS AD ×