Pelakon Ellie Suriaty mendedahkan dia pernah diganggu oleh individu berstatus golongan VVIP ketika bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan.
Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty & Azri Pertama Kali Bertemu Selepas Bercerai, Tonjol Sikap Profesional
Artikel Berkaitan: ‘Kasihan Kalau Dia Dipermainkan’ – Ellie Suriaty Harap Azri Iskandar Tidak Diperdaya ‘Scammer’
Kena mengorat dengan VVIP
Menerusi video temu bual bersama penyanyi, Zarul Umbrella, Ellie berkata kejadian berlaku ketika dia sedang melayani penumpang ‘first class’ di dalam pesawat.
Kata pengarah berumur 53 tahun ini, VVIP itu sangat dikenali serta memegang status suami orang.
Ada satu masa, saya nak kena mengorat dengan somebody, VVIP. Saya tak perasan sangatlah sebab kita serve penumpang kan. Bila penumpang tanya, kita jawab la.
Tapi saya tahu dia dah kahwin. Saya tetap be very pleasant. Kita tak boleh ada double standard.
Minta nombor telefon
Cerita pemilik nama Ellie Suriaty Omar, individu berpengaruh itu telah menghantar pembantunya untuk bertemu dirinya bagi mendapatkan nombor telefon.
Bagaimanapun, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 melalui filem Soalnya Siapa? tidak menuruti permintaan tersebut lalu ‘bersembunyi’ di dalam bilik air.
Bila kita landing, semestinya kawan yang sebelah tersengeh-sengeh. Saya faham sangat. Tapi kita buat tak tahu dan tak reti.
Bila dah landing, lampu seatback off, first class akan keluar dulu. Kemudian, diikuti dengan economy class. Ada assistant dia datang cari saya dan minta contact number saya untuk bos dia.
Saya cakap sekejap lalu masuk ke dalam bilik air. Tak keluar-keluar.
Sumber: TikTok