berita

Ellie Suriaty & Azri Pertama Kali Bertemu Selepas Bercerai, Tonjol Sikap Profesional

July 26th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Ellie Azri

Selepas setahun bercerai, pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty akhirnya bertemu semula dengan bekas suaminya iaitu pelakon Azri Iskandar di majlis pelancaran drama Tanah Kubur, pada Rabu

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Bawa Terbang Ke Paris, London… Saya Tak Baik Ke?’ – Ellie Suriaty Kesal Isu Cerai Diungkit-Ungkit

Artikel Berkaitan: ‘Kasihan Kalau Dia Dipermainkan’ – Ellie Suriaty Harap Azri Iskandar Tidak Diperdaya ‘Scammer’

Tiada masalah untuk bergandingan

Ellie Azri

Menurut Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertemu di mana-mana majlis. Malah kata Ellie, tidak ada perasaan dendam yang disimpan dalam hati.

Kami bersikap profesional kerana berada dalam bidang yang sama. Mustahil kalau kami dalam satu acara yang sama tetapi tidak bertegur sapa.

Ini adalah pertemuan kami buat pertama kali di dalam satu acara kerja yang sama.

Ellie mengambil pendekatan untuk bersikap profesional terutama ketika melibatkan urusan kerja di samping ingin menghormati majlis

Kami sudah hidup bersama selama 19 tahun, takkanlah nak buat-buat macam tak nampak. Saya tidak bermusuh dengan dia pun. Penceraian kami sebelum ini pun cara baik.

Apabila berada dalam majlis seperti ini, sudah pasti saya mahu meraikan penganjur. Takkanlah kalau kami ada konflik saya tidak perlu menghormati majlis, kami kena hadir, kami kena profesional.

Dalam pada itu, aktres berusia 53 tahun menyatakan dia boleh untuk bergandingan bersama Azri namun bukan babak yang sama.

Saya tiada masalah untuk berlakon drama atau filem bersama dia tetapi bukanlah dalam satu babak yang sama.

Tetapi kalau sudah berada dalam satu set penggambaran yang sama apa boleh saya buat. Cuma harapnya tidaklah digandingkan dalam babak sama.

Ellie berkata demikian sejurus usai majlis pelancaran drama tersebut yang berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketika disoal tentang perhubungan bekas suaminya dengan anak-anak, pelakon drama Syurgamu Ramadan itu berkata Azri menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan baik.

Anak-anak pun sangat baik dengan dia kerana saya tidak pernah pisahkan hubungan dengan ayah mereka.

Saya selalu ingatkan anak-anak untuk menelefon ayah mereka setiap hari. Alhamdulillah, dia pun tidak gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Untuk rekod, Ellie dan Azri bercerai pada 17 Mei tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

SKIP THIS AD ×