berita

[VIDEO] Fazura Puji Adik Neelofa Cantik, Netizen Seronok Tengok

November 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon Fazura kembali menjadi bualan ramai di media sosial sejak semalam (Rabu).

Artikel Berkaitan: Kaburkan Jenama Beg Tangan, Peminat Puji Sikap Rendah Diri Fazura

Artikel Berkaitan: Athisha Khan Berang Netizen Tak Hormat Privasi Neelofa – ‘Dia Cuma Minta Satu Perkara’

Puji cantik

@skincarebyfazura #fazura #fyp ? original sound – missfazuraihana – missfazuralove

Semua ini gara-gara video yang dimuat naik Fazura ketika bertemu dengan adik selebriti kontroversi, Neelofa iaitu Athisha Khan di Instagram Stories.

Dalam rakaman pendek itu, aktres berumur 39 tahun dilihat bertegur sapa dengan Athisha ketika berada dalam sebuah majlis yang berlangsung di ibu kota.

Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin turut memuji kecantikan yang dianugerahkan Allah kepada Athisha.

Tengok this lady (Athisha) sangat cantik.

Personaliti media sosial, 24, turut membalas pujian itu dengan senyuman.

Ya Allah.. You always pretty.

Dalam hantaran tersebut, Fazura dan Athisha kelihatan anggun mengenakan busana berwarna merah jambu mengikut tema majlis tersebut.

Athisha memang baik dengan semua

Di TikTok @skincarebyfazura, video tersebut turut dikongsikan semula dan mendapat komen positif daripada warganet.

Rata-ratanya senang hati melihat sikap peribadi Athisha yang sentiasa merendah diri.

Sumber: Instagram @missfazura & TikTok @skincarebyfazura

SKIP THIS AD ×