Fesyen yang digayakan oleh pelakon, Sharifah Sakinah di Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) di Park Royal Collection, mencuri perhatian warganet sekaligus menjadi bualan panas.
Artikel Berkaitan: Netizen Komen Dapat Jilat ‘Best’, Sharifah Sakinah Respon Takut Menyesal Je
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Pakai ‘Circle Sequin Dress Hot’, Netizen Kesian – Doa Agar Dapat Hidayah
Fesyen tanjak
Menerusi video di TikTok, Sakinah menjadi model memperagakan koleksi daripada jenama tempatan di pentas KLFW pada Rabu.
Membawa konsep ‘Pahlawan’, aktres berumur 34 tahun itu tampil dalam persalinan kedua dengan memakai top yang dipercayai diinspirasikan daripada tanjak berona kelabu metalic serta mengenakan skirt pendek berwarna rona yang sama.
Di bahagian leher Sakinah pula tergantung tali pinggang tradisional.
Pelbagai reaksi
Bagaimanapun, penampilan pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired telah mengundang kecaman daripada warganet. Rata-rata pengguna media sosial kurang senang melihat tanjak dipakai di bahagian payu dara.
Selain itu, ada juga segelintir netizen yang kecewa kerana kesopanan pakaian melayu telah hilang.
Dalam pada itu, wargamaya turut memberi cadangan untuk mengambil tindakan terhadap jenama terbabit kerana sudah keterlaluan dalam berfesyen.
Sumber: TikTok