Pelakon Fiza Halim mendedahkan dia kini sedang dalam fasa mengenali hati budi seorang lelaki.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Kenal Engku Emran’ – Fiza Halim Nafi Bercinta
Artikel Berkaitan: Bercinta Dengan Engku Emran? Fiza Halim Selar Dakwaan Netizen -‘Sila Merangkak Di Akhirat Minta Maaf’
Mengenali seseorang
@melodiberapi Bakal mendirikan rumahtangga kali ke4 tak lama lagi, jom kita tanya sendiri pelakon Fiza Halim. #meloditv3
Menerusi temu bual bersama Melodi, Fiza atau nama lengkapnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim mengakui sedang menjalinkan hubungan istimewa namun tidak mahu tergesa-gesa dan masih memfokuskan diri terhadap kerjaya.
Ya, saya memang sedang mengenali seseorang cumanya kami tidak tergopoh-gapoh.
Kami masing-masing pernah berkahwin dan ada anak, jadi kami fokus kepada kerjaya. Bila ada masa baru kami berjumpa.
Di usia sebegini, bukan nak cari kekayaan, kesenangan atau kemewahan. Kita cuma nak bahagiakan jiwa dan tenangkan hati. Lebih kepada bersederhana sahaja.
Di hujung usia ini, apa yang dimahukan adalah, sekurang-kurangnya kita tahu ada orang yang menyayangi diri ini.
Dalam pada itu, aktres berusia 43 tahun tersebut berkata, dirinya kini lebih tenang dan banyak mengambil iktibar daripada perkahwinan terdahulu.
Sekarang baru saya sedar, dulu mungkin saya banyak marah dan kurang sabar.
Dengan lelaki itu saya lebih relaks dan bahagia.
Status pasangan Fiza
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, Fiza memaklumkan tentang status lelaki tersebut yang merupakan seorang duda dan memiliki seorang anak.
Doakan yang baik-baik, kalau Allah sudah tetapkan jodoh, saya terima seadanya.
Dia duda anak satu, yang penting dia bukan suami orang. Tak nak jadi penyondol.
Bercerita lanjut, bekas anggota kumpulan Elite itu juga menafikan dakwaan bahawa dia hanya memilih lelaki yang kaya untuk dijadikan pasangan.
Saya pelik juga, ramai yang bercerita (suka lelaki yang kaya). Tapi sebenarnya saya tidak pernah memilih, ia datang kepada saya dengan sendiri.
Saya tak kisah pun, yang penting dia mampu membahagiakan hati saya dan terima saya seadanya, itu yang saya syukuri.
Semunya saya berserah kepada Allah SWT.
Sekadar info, Fiza sebelum ini tiga kali mendirikan rumah tangga. Perkahwinan pertamanya adalah bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang anak perempuan.
Setelah bercerai, Fiza kemudian berkahwin dengan peserta Akademi Fantasia 2, Adam dan perkahwinan ketiganya adalah bersama Aizat Al Jefri yang merupakan seorang juruterbang.
Sumber: Melodi