Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali menafikan dakwaan yang mengatakan dia memfailkan saman terhadap bekas isterinya, Shakilla Khoriri.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Dituduh Sengaja Pisahkan Ameena Dari Shakilla, Netizen Suruh Bagi Kasih Sayang Dekat Anak Tiri – ‘Saya Ada Hak Sebagai Ayah’
Artikel Berkaitan: ‘Dari Pukul Satu Tunggu’ – Fizi Ali Sedih Anak Tak Hadir Hari Graduasi, Tak Tahu Keberadaan Ameena Sofia
Bukan saman Shakilla
Ketika ditemui OhBulan!, Fizi berkata tujuan dia membawa isu itu ke muka pengadilan adalah untuk tuntutan hak penjagaan (hadanah) terhadap anak perempuannya, Ameena Sofia.
Jelas Fizi, 34, dia ingin pengakhiran kemelut yang baik serta mempunyai perjanjian hitam putih antara dirinya dan Shakilla.
Dia bukan meroyan tetapi lebih kepada meluahkan perasaan ketika itu. Saya tak sangka sampai tahap ini yang berlaku. Saya tak rasa memburukkan sesiapa.
Cuma bila kemelut ini makin teruk, itu yang saya perlu bawa ke muka pengadilan. Saya nak tegaskan saya bukan saman bekas isteri. Saya tak ada cakap pun. Cuma kita nak selesaikan kemelut ini di mahkamah supaya tidak berulang lagi.
Tambah pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin, selepas bercerai mereka hanya berjanji mulut mengenai hak jagaan anak.
Sebelum ini kami hanya janji mulut. Jadi bila ada perjanjian yang sah selepas ini, kedua-dua pihak akan ikut apa yang telah dipersetujui.
Tak dapat dihubungi
Dalam pada itu, bekas peserta Pilih Kasih musim kedua menyatakan Shakilla berkemungkinan telah menyekat nombornya kerana sudah tidak boleh dihubungi.
Kali terakhir saya berjumpa dengan Ameena pada Jumaat lalu. Masa majlis graduasi, saya tak dapat hubungi (Shakilla). WhatsApp saya tengok hanya 1 tick mungkin saya dah kena block (sekat).
Jadi, apa yang terjadi selepas ini hanya akan berurusan dengan peguam. Peguam dah nasihatkan saya supaya tak berkongsi lanjut tentang perkara ini.
@ohbulanofficial Fizi Ali menafikan dakwaan yang mengatakan dia memfailkan saman terhadap bekas isterinya, Shakilla Khoriri ?? #ohbulan #sembangentertainment #fiziali #dakwa #saman #bekas #isteri ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, pengacara itu meluahkan rasa kecewa selepas tidak dapat bertemu dengan Ameena pada hari graduasi prasekolah yang berlangsung di Cyberjaya, pada Sabtu.
Susulan itu, Fizi nekad menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah syariah.
Sekadar info, Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021.
Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha.