berita

[VIDEO & FOTO] Pertemuan Tun Mahathir Bersama Sultan Ibrahim Akhirnya Terjawab

January 11th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Spekulasi pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akhirnya terjawab. Pertemuan di Istana Bukit Serene itu telah membincangkan beberapa perkara termasuk isu membabitkan rakyat dan istana.

Kita lebih frank

Menurut Astro Awani, Tun Dr Mahathir berkata pandangannya telah diterima baik Sultan Ibrahim dalam pertemuan penuh mesra. Tambahnya lagi, mereka bersetuju untuk berterus terang di masa hadapan sekiranya terdapat masalah.

Saya boleh berkomunikasi dengan Baginda, kita bersetuju supaya kita lebih frank, bercakap secara berterus-terang dan tiada sembunyi-sembunyi. Baginda bagi pandangan Baginda, saya bagi pandangan saya.

Sebak tonton video ini

Sebuah kereta Proton Saga berwarna biru yang dipandu sendiri Sultan Ibrahim telah menghantar Tun Dr Mahathir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor selepas sesi pertemuan selama 90 minit berlangsung bersama baginda.

Video ini telah mendapat 5.6 perkongsian di Facebook dan 219 ribu tontonan di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Rata-rata netizen sebak selepas menonton video penuh ini. Melihat keakraban seorang Perdana Menteri dan Sultan Johor.

Kereta ini sudah berusia 34 tahun

Kereta Proton Saga itu adalah pemberian Tun Mahathir kepada Almarhum Sultan Iskandar ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Kereta ini masih berada dalam keadaan baik, malah tidak mengalami sebarang masalah sepanjang 22 kilometer perjalanan dari Istana Bukit Serene ke lapangan terbang.

Sudah berusia 34 tahun dan sudah menempuh perjalanan 22,000 kilometer tapi masih mampu berfungsi dengan baik.

Foto mesra Tun Mahathir menghadap Sultan Ibrahim

Sumber: Sultan Ibrahim, Tun Mahathir

SKIP THIS AD ×