Sebagai tanda prihatin terhadap kakitangan, personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Syafiqah Aina menghadiahkan bonus tiga bulan gaji serta tiket menunaikan umrah.
Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Labur RM300,000 Dekat 70 Staf, Bagi Ganjaran Sebulan Bonus & Cuti Sehari
Artikel Berkaitan: Belum Pulih Selepas Terkena Sihir, Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Terus Sebar Kebaikan – ‘Bukan Nak Cabar Tapi Allah Maha Berkuasa’
Kejutan untuk staff
Menurut Aina, kali ini dia dan suami, Hafiz Mahamad membuat kelainan apabila memberi ganjaran kepada staff pada awal tahun. Kata ibu kepada dua cahaya mata, kebiasaannya bayaran bonus diberikan pada hujung tahun iaitu bulan Disember.
Terkejut semua staff hehe Aina datang pagi-pagi letak kad dan rose atas meja masing masing. Diorang tak tahu pun apa yang ada harini.
Biasanya bonus Aina bagi pada bulan Desember. Kali ini, Aina buat kelainan sikit, bagi bonus selepas mereka habiskan cuti semua. Aina nak bonus ini mereka dapat buat saving (simpanan).
Bonus 3 bulan gaji dan tiket Umrah lagi untuk mereka. Syukur sangat bila dari awal berniaga dulu, sampai sekarang Allah izinkan perkara ini.
Malah, mereka juga sepakat memberi kenaikan gaji (increment) dan elaun kepada beberapa orang staff.
Dalam pada itu, Aina juga berharap agar tanda penghargaan daripada dirinya dan suami membuatkan pekerja-pekerja berasa bersemangat untuk bekerja lebih keras.
Dulu staf tak ramai dan gaji pun bukan macam sekarang. Tapi, ini la yang Aina nak dari dulu, dapat kongsi lebih lagi pada mereka.
Harap mereka gembira dan awak yang menyokong juga gembira.
Lets kerja keras untuk Kejayaan Demi Kebahagiaan! Tunggu update, effort Aina selepas ni. Banyak perkara yang best untuk awak semua dari kami.
Sumber: Instagram