berita

Netizen Puji Hafiz Mahamad Derma RM100,000 Kepada Baby Naail -‘Jutawan Berjaya Yang Selalu Gunakan Bisnes Untuk Bangunkan Orang Susah’

May 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Baru-baru ini, sebuah tabung bagi mengumpul dana sebanyak RM9 juta untuk seorang bayi bernama Wan Muhammad Naail yang menghidap penyakit Spinal Muscular Athropy (SMA) tahap 1 telah dilancarkan.

Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Labur RM300,000 Dekat 70 Staf, Bagi Ganjaran Sebulan Bonus & Cuti Sehari

Artikel Berkaitan: Belum Pulih Selepas Terkena Sihir, Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Terus Sebar Kebaikan – ‘Bukan Nak Cabar Tapi Allah Maha Berkuasa’

Tabung yang dilancarkan menerusi misirakyat itu ternyata mendapat sambutan baik apabila orang ramai tidak henti memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit walaupun serendah seringgit.

Hafiz Mahamad derma RM100k

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya apabila usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad telah menghulurkan derma berjumlah RM1oo,000 kepada tabung tersebut.

Menerusi satu ciapan yang tular di laman Twitter, seorang pengguna telah berkongsi paparan skrin tangkap layar yang memperlihatkan jumlah wang berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun tersebut beserta nama penderma iaitu Hafiz Mahamad.

Annoying tapi baik

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji sikap prihatin usahawan berusia 30 tahun itu.

Malah, ada juga yang bersoloroh mengatakan meskipun ada kalanya tindakan Hafiz kurang disenangi, namun terbukti dirinya mempunyai hati yang baik.

‘Terima kasih rakyat Malaysia’

Sementara itu, Hafiz menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa gembira apabila dapat membantu bayi berusia lapan bulan itu. Malah, usahawan itu turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada orang ramai dan pekerjanya.

5 hari lepas saya sebak melihat update tentang Baby Naail. Isteri saya dia sedih lihat keadaan anak comel itu. Alhamdulillah hari ini dia senyum. Tadi saya masuk office, staff staff juga tersenyum dan ucapkan terima kasih.

Labih sebak lagi, bantuan rakyat Malaysia sangat lagu, masya-Allah. Hebat misi rakyat, kerana kamu telah menghubungkan kami pada mereka yang susah.

Aku ikhlaskan sebahagian daripada perniagaan dan aku niatkan untuk keluarga, kamu yang doakan, pasukan dan pelanggan. Dengan izin Allah semuanya tentang kejayaan demi kebahagian. Terima kasih rakyat Malaysia.

Sumber: Twitter, Instagram

SKIP THIS AD ×