Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri tiba-tiba rebah semasa majlis sambutan bulan Ramadan yang dianjurkan oleh syarikatnya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Berhabis RM3.5 Juta Majlis Anak Lelaki, Menantu Melaram ‘Swarovski Tiara’ Dengan 233 Kristal Jernih
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jutawan Tudung, Haliza Maysuri Tak Kisah Belanja Duit Tempah Busana Harga RM250,000 & Dihiasi 83,900 Butir Kristal Swarovski
Penyakit ain?
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, usahawan itu dilihat sedang bergambar bersama dengan pelajar-pelajar perempuan.
Tidak lama selepas itu, Haliza rebah manakala suaminya Mohd Rosli Awang kemudian bertindak memangkunya dan melaungkan azan.
Turut kelihatan dalam insiden tersebut adalah pendakwah, Datuk Dr. Norhafizah Musa dan pelakon, Datin Anne Ngasri yang turut membantu usahawan berkenaan.
Bagaimanapun, Haliza tidak menyatakan punca kejadian tersebut berlaku namun hanya menitipkan nasihat tentang kezaliman di ruangan kapsyen video tersebut.
Ketika kita dizalimi. Sabar. Tahan lisan dan perbuatan, ingat balasan Allah kepada orang-orang yang sabar.
Yakin bahawa semua yang menimpa kita adalah dari takdir yang tidak dapat kita hindari.
Tawakal. Pasrahkan semua urusan kepada Allah. Biarkan Allah sahaja yang menghukum dan membalas orang yang menyakiti dan membuat zalim terhadap kita.
Muhasabah diri dan perbaiki hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia.
Sibukkan diri dengan ilmu dan kegiatan yang bermanfaat.
Dalam masa yang sama, Haliza juga mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Norhafizah dan juga Anne.
Ustazah maafkan saya tidak dapat menyantuni sehingga ke majlis selesai, risaukan anak hafizah yang ditimpa oleh saya semalam, adakah baik-baik sahaja?
Untuk adindaku, terima kasih selalu ada ketika kakak perlukan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa kejadian tersebut berkemungkinan berpunca daripada penyakit ain akibat perasaan hasad dengki seseorang.
Sementara itu, mereka juga mendoakan agar Haliza dikurniakan kesembuhan dan terhindar daripada sebarang penyakit.
@halizamaysuri Ketika Kita Dizalimi 1. SABAR. Tahan lisan dan perbuatan.Ingat balasan Allah kepada orang-orang yang sabar. 2. YAKIN bahawa semua yang menimpa kita adalah dari takdir Allah yang tidak dapat kita hindari. 3. TAWAKKAL. Pasrahkan semua urusan kepada Allah. Biarkan Allah saja yang menghukum dan membalas orang yang menyakiti dan berbuat zalim terhadap kita. 4. MUHASABAH diri dan perbaiki hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia. 5.SIBUKKAN diri dengan ilmu dan kegiatan yang bermanfaat. @ustazahnorhafizahmusa maafkan saya tidak dapat menyantuni sehingga majlis selesai, risaukan anak hafizah yang ditimpa oleh saya semalam, adakah baik2 saja? Untuk Adindaku @annengasri_official terima kasih selalu ada ketika Kakak perlukan. Hajjah @suzaini1005 Terima kasih turut hadir majlis semalam. Semoga Allah memustajabkan doa dari anak2 @madinatulhuffaz Amin.
Sumber: TikTok Haliza Maysuri