berita

[VIDEO] Hannah Delisha ‘Flying Kiss’ Dekat Suami, Peminat Suka Tengok Kemanisan Pasangan Ini

February 20th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelakon Hannah Delisha tidak lagi asing namanya di dalam industri hiburan dengan rupa paras campurannya dan bakat dalam lakonan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Lah Cantik, Solehah Pula’ – Suara Merdu Hannah Delisha Berselawat Bikin Netizen Terpukau!

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Sahaja Tidak Restu, Tapi Sang Ibu Tidak Tahu’ – Ibu Hannah Delisha

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Baju Eleena Sui, Netizen Dapat ‘Bukti’ Hannah Delisha Sebenarnya Nikah Tahun Lepas?

Suami beri sokongan

Baru-baru ini menerusi hantaran individu di TikTok, kelihatan Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch menjadi duta di majlis ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ yang memperoleh lebih daripada 3.3 juta jumlah tontonan.

Dalam video itu, suami kepada Hannah, Imam Shah dilihat terus bangun daripada tempat duduknya apabila Hannah muncul memperagakan baju yang dipakainya di majlis tersebut.

Tindakan Imam itu sebagai tanda sokongan kepada isterinya yang disertakan tepukan dan senyuman bangga. Hannah kelihatan membalas dengan ‘flying kiss‘ kepada Imam sambil tersipu malu.

Pasangan ini mendapat perhatian netizen dengan gelagat yang ditonjolkan.

@hannahdelishas_loverss

The way Hannah Delisha gave flying kiss to her husband? #HannahDelisha #ImamShah #ImamPadaHannah

? Angel Baby – Slowed – Troye Sivan & xxtristanxo & Slowed Radio

Manisnya couple ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mencemburui dengan kemanisan pasangan itu. Dalam pada yang sama, kebanyakan netizen mendoakan agar Hannah dan pasangannya, Imam kekal selama-lamanya.

Sumber: TikTok @hannahdelishalovers

SKIP THIS AD ×