Pelakon Hannah Delisha menitiskan air mata ketika bercerita mengenai kegugurannya apabila dimaklumkan janin dalam kandungan sudah tidak bernyawa.
Artikel Berkaitan: Hannah Delisha Alami Keguguran – ‘Jumpa Di Syurga Nanti Sayang’
Artikel Berkaitan: Netizen Kurang Senang Lihat Posing ‘Mendabik’ Dada Hannah Delisha – ‘Labuhkan Tudung…’
Missed miscarriage
Ketika ditemui OhBulan!, Hannah berkata keguguran yang diklasifikasikan sebagai ‘missed miscarriage’ itu berlaku ketika usia tiga bulan.
Kata Hannah, 27, dia terkilan kerana tidak menyedari bayi yang dikandung sudah sebulan tidak bernadi sehinggalah dimaklumkan pada hari imbasan kali kedua.
Waktu gugur itu bayu dalam kandungan saya berusia tiga bulan.
Gugur tiada simptom, tiada keluar darah atau rasa sakit.. Maksudnya keguguran terlepas atau missed miscarriage.
Suami sangat gembira sampai berdiri nak tengok imbasan tapi apabila doktor membuat imbasan kali kedua, dia meminta maaf sebelum memberitahu janin sudah tiada degupan jantung.
Peliknya, doktor menganggarkan kandungan saya sudah masuk usia 13 minggu tapi monitor menunjukkan saiz janin lapan minggu.
Doktor menjangkakan bayi saya sudah meninggal dunia sejak minggu kelapan. Apa membuatkan saya down, rupanya sudah sebulan bayi saya sudah tidak bernyawa.
Hannah berkata demikian ketika hadir ke program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor, pada petang Sabtu.
Selain Hannah, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar selaku duta jenama Bulan Bintang turut sertai bersama.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan Bulan Bintang mendapat kerjasama bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia.
Rasa trauma bila teringat
Tambah pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch, dia terima ketentuan yang ditakdirkan Allah SWT namun rasa trauma tetap segar di fikiran.
Saya rasa kebahagiaan (hamil) only a minute kemudian bertukar ke sedih. Saya menangis bukan sebab tak terima kenyataan.
Saya terima ketentuan Allah. Cuma sebelum ini tak pernah masuk hospital, tak pernah ditahan di wad, tak pernah jalani pembedahan.
Kejadian itu memang membuatkan saya trauma tetapi Alhamdulillah keadaan saya beransur pulih dan masih berpantang.
Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Itu bersyukur kerana dikurniakan suami, Imam Shah yang sentiasa memberi sokongan untuk menghadapi ujian tersebut.
Saya berpantang juga. Sepatutnya dua minggu tetapi bila fikir balik, ‘tak boleh ni.’ (tuntutan kerja). Saya sempat buat seminggu saja. Tetapi masih berjaga dalam pemakanan. Hari ini hari ke-11.
Imam sangat supportive, dia ada untuk saya. Imam sedih sebab dia tengok keadaan saya. Dia tak nak tengok saya lagi dalam kondisi seperti itu.
Saya mungkin merancang selepas ini. Tapi akan lebih berjaga-jaga sekiranya Allah memberi peluang untuk hamil lagi.
Sebelum ini, Hannah memberitahu impiannya untuk memiliki cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran di aplikasi X.
Sekadar info, Hannah berkahwin dengan pelakon, Imam Shah pada 18 Februari 2021 setelah lima tahun mereka menjalin hubungan bersama.