Tular baru-baru ini, sebuah video memperlihatkan seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) pertuturan selamat menjalani proses ijab dan kabul.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Salleh Terlupa Sebut ‘Ringgit’ Semasa Lafaz Akad Nikah
Ijab kabul
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, dapat dilihat seorang wanita yang fasih berbahasa isyarat membantu menjadi pengantara pengantin lelaki dengan tok kadi.
Tetapi apa yang menarik perhatian ramai apabila melihat pengantin lelaki terbabit yang memakai busana serba putih itu menggunakan bahasa isyarat sebagai pengganti untuk menyempurnakan syarat lafaz akad nikah.
Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa bangga terhadap penterjemah bahasa isyarat serta pengantin tersebut kerana berjaya melafazkan akad walaupun terdapat sedikit batasan.
Tabik juruterjemah dia berusaha untuk terjemah dari khutbah akad nikah sampai habis.
Video
@abesolution9911Solute juruterjemaah dia berusaha utk Translate dr khutbah akad nikah smpai hbis? Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari
Sumber: TikTok