Kehidupan di kolej pastinya mencabar buat sesetengah pelajar daripada segi kewangan dan cara hidup di tempat baru.
Begitulah kisah baru-baru ini yang tular menunjukkan seorang mahasiswa yang mengadu kelaparan kerana kafe di universiti yang tutup.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jantan Tak Guna, Ibarat Macam Hang Pukul Mak’ – Caprice
Artikel Berkaitan: ‘Isteri Saya Dah Curang Dengan Empat Lelaki’ – Caprice Dedah Luahan Suami
Mahasiswa lapar
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Caprice membuka mulut berikutan isu mahasiswa yang menangis kerana kelaparan selama sehari.
Kata Caprice, seseorang itu tidak boleh bersikap ‘manja’ dan harus mencari jalan untuk sesuatu kesulitan.
Minta maaf dik, hidup ini tak boleh manja sangat. Lain la adik tiada duit, dua tiga hari tak dapat makan. Boleh kita buka tabung ke, transfer duit raya ke.
Kita sebagai lelaki, kita kena sentiasa cari jalan.
Tambahnya lagi, kesusahan yang dialami akan membuatkan seseorang itu menjadi lebih baik.
Susulan daripada itu, pelajar tersebut membuat pemohonan maaf kepada pihak pengurusan universiti.
Difahamkan, pihak universiti ada menyediakan keperluan seperti makanan dan minuman kepada para pelajar dan hal itu tidak diketahui olehnya.
@bayinuckal pihak University sangat perhatin, maka mereka telah menyediakan banyak bantuan kepada para pelajar yang memerlukan. saya meminta maaf kerana misunderstanding
Sumber: Instagram @capricedaddycap & TikTok @bayinuckal