berita

[VIDEO] Ibu Berang Ustazah Jemur Anak Tengah Panas, Dekat Rumah Pasang ‘Aircond’ 24 Jam – ‘Akal Ada, Tak Guna Ke?’

May 12th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Cuaca yang panas semestinya menjadi satu kebimbangan buat ibu bapa. Kementerian Pendidikan (KPM) juga memberi peringatan agar sekolah tidak melakukan sebarang aktiviti di luar.

Begitulah kisah seorang ibu yang berang dengan sikap ustazah yang menjemur anaknya di tapak perhimpunan sekolah.

Artikel Berkaitan: Lagi Kes Disyaki Strok Haba, Kali Ini Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Perempuan Usia Setahun Maut Akibat Strok Haba – ‘Air Dalam Badan Semua Kering’

‘Rumah aku 24 jam aircond’

Sekadar gambar hiasan

Menerusi video di TikTok, seorang ibu kepada anak yang berusia 7 tahun mendakwa anaknya dijemur dan dipulaukan hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah.

Apa yang membuatkan dirinya lebih marah apabila tindakan ustazah itu yang tidak menghiraukan isu strok haba dan langsung tidak memberi muka kepada pelajar tahun 1.

Dipulaukan dan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar-pelajar lain. Anak aku sorang-sorang. Bawah panas terik jam 2 petang sedangkan ustazah itu duduk berteduh bawah koridor.

Waktu pembelajaran masih belum bermula. Semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Agak-agak la kalau nak denda pun. Musim panas kematian akibat strok haba pun dah banyak kes sekarang.

Depan-depan mata aku pulak anak dijemur macam tu, kat rumah aku aircond 24 jam terpasang, kau pandai-pandai sidai anak aku tengah panas.

Tambahnya, dia mempunyai alasan tersendiri kerana lambat hantar anaknya ke sekolah ketika itu. Walau bagaimanapun, seorang tenaga pelajar tidak seharusnya sanggup melakukan hal sedemikan pada anak murid.

@dvafella

Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga² pada musim panas ni..anak aku selamba je ustazah denda JEMUR tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah. Dah la di pulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar² lain disidainya anak aku sorang² bawah panas terik jam 2petang sedangkan ustazah tu pandai pulak berteduh bawah koridor. Makan hati jugak aku yang tengok anak aku baru berusia 7tahun darjah 1 kena DENDA macam tu terkontang kanting sorang² diBAWAH panas terik. DiMALUKAN DiPULAUkan dari masuk barisan perhimpunan sekolah. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10minit. Waktu pembelajaran masih belum bermula..semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih lagi dalam perhimpunan. Agak² la kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa ko JEMUR anak aku tengah panas terikk! Apa la bodoh sangat pemikiran..akal ada tak guna ke? Musim panas kematian akibat strok haba pun dah banyak kes sekarang. Kalau buatnya anak aku rebah time tu ko nk bertanggungjawab ke? Lepas tangan je alih² mak bapak jugak kena hadap. Maaf ya aku dah tak boleh sabar tengok anak aku kena denda macam tu. Depan² mata aku pulak kena sidai tengah panas macam tu, kat rumah aku on aircond 24jam ko pandai² sidai anak aku tengah PANAS. Risaunya dgn kes stroke haba sekarang. Anak aku lambat bukan sengaja² aku nak hantar lambat, anak aku lambat bersebab. Aku bukan ibu yang bodoh yang tak tahu peraturan sekolah. Takkan lambat 10minit menyebabkan anak dah tak boleh hadir ke sekolah terus pada hari itu. Jadi warga pendidik ni kena peka..kena bijak kena ada jiwa. Pandang budak tu macam anak ko sendiri, budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yg sebenar. Banyak cara lagi ko boleh denda kenapa cara bodoh jugak ko pilih? Salah ke kalau ko denda bawah tempat teduh macam ko berteduh bawah koridor?? Ko pandai cari tempat teduh nak berucap. #sekolahagamasesipetang #Pejabatpendidikanagamajohor #kementerianpendidikanmalaysia #pejabatagamanegerijohor @Fadhlina Sidek @KPM??

? Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar

Bahaya ustazah oi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berang dengan tindakan ustazah yang sebegitu. Selain itu, terdapat juga komen daripada kalangan netizen yang bersetuju dengan pendapat ibu berkenaan dan meminta untuk tenaga pelajar menggunakan cara denda yang lain.

Sumber: TikTok @dvafella

SKIP THIS AD ×