berita

[VIDEO] Ibu Cemas Anak Telan 6 Biji Bateri Laser, Setiap Hari Kena X-ray Nak Pastikan Bateri ‘Keluar’

October 26th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang ibu berdepan satu detik cemas apabila anak tersayang bertindak di luar kawalan dengan ‘makan’ bateri jenis button sebanyak enam biji. Aduh!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bomba Terpaksa ‘Gergaji’ Mesin Basuh Selamatkan Kanak-Kanak Tersekat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Telefon Hilang Lebih 3 Hari, Rupa-Rupanya Dah Keras Dalam Peti Ais. Bila Ditanya…

Artikel Berkaitan: Jari Kanak-Kanak Terputus, ‘Tersangkut’ Di Pintu Besi Masa Main Panjat-Panjat

Anak telan bateri

Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Hanizah Hanysha menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman TikTok. Ujar wanita ini, dia terkejut apabila doktor menceritakan terdapat enam biji bateri yang berada di dalam perut anaknya menerusi imbasan X-ray yang dilakukan dan mereka terpaksa ditahan di hospital selama empat hari.

Daftar masuk hospital sebab anak bertuah ni pergi telan bateri. Bateri bulat kecil itu bahaya kan. Umi nak pengsan bila doktor cakap ada 6 biji. Ya Allah.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut memperincikan bagaimana insiden tersebut boleh terjadi sebelum anak tersayang dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Aimar Hasif ini memang sejenis suka explore, jenis tak takut so dia rasa nak cuba kot benda itu. Tapi tak tahu kenapa dia boleh telan banyak macam itu. Abang kembarnya Aisar Haify yang beritahu adiknya telan bateri.

Lepas kemas dapur umi ke depan tengok penutup lampu dah terbuka, bateri tak ada. Abangnya cakap adik makan. Sambil tu cari-cari juga satu rumah.

Lebih kurang 11.50 malam ambil darah dan admitted. Kena pantau ada sakit perut, muntah, pening, demam atau tak. Setiap hari buat xray nak tengok kedudukan bateri itu. Doktor kata nasib baik semua itu dah dekat usus so boleh keluar melalui najis.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini dan pada masa yang sama, mereka sempat berkongsi pengalaman yang sama tertelan ‘benda asing’.

Video penuh:

@hanizahhanyshaBateri bulat kecil tu bahaya kan? Oh No – Kreepa

@hanizahhanysha Reply to @jihahshkr ? Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

@hanizahhanysha Reply to @miyossss ? Anak – Achey

Risau betul kalau jadi macam ini

Sumber: Hanizah Hanysha

SKIP THIS AD ×