Pelakon dan pengacara, Imran Aqil,25, memaklumkan dia sangat berhati-hati dalam memilih naskhah lakonan kerana mahu menghormati isterinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Sahkan Dahlia Hamil, Tak Alami Alahan Teruk – ‘Takut Juga Kalau Dia Tak Boleh Bau Suami’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Sah Jadi Suami ‘Influencer’ Cantik, Dahlia Rizal
Isteri nombor satu
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin itu berkata dia tidak berminat untuk berlakon dalam genre romantik memandangkan ia memerlukan babak bersentuhan.
Untuk bab lakonan ataupun tawaran berlakon agak kurang memandangkan saya agak selektif. Saya pentingkan isteri saya.
Saya lebih memilih untuk menjadi artis yang tidak melakonkan babak bersentuhan. Sebab itu, saya lebih memilih untuk berlakon macam filem genre Soloz: Game Of Life.
Mengulas lanjut, Imran berkata dia juga ingin menjaga hati isteri tercinta.
(Tawaran) terhad, tetapi alhamdulillah tawaran yang saya dapat tidak melibatkan babak bersentuhan seperti (berlakon) menjadi suami orang atau teman lelaki.
Isteri saya selalu cakap, sebelum apa-apa fikirkan dia dahulu.
Saya minta isteri saya untuk labuhkan tudung tetapi saya sendiri tidak menjaga. Tidak bergunalah saya didik isteri begitu tetapi saya melakukan sebaliknya.
Selalu fikir perasaan isteri
Suami kepada pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal itu juga berkongsi dia menitikberatkan pemilihan naskhah lakonan susulan ia akan ditonton oleh seluruh ahli keluarganya.
Isteri saya cakap kalau awak tak mahu fikir tentang perasaan saya (Dahlia), ingatlah keluarga apabila mereka menonton cerita atau filem itu. Bayangkan perasaan mereka.
Kalau baca skrip dan ada babak yang pelik saya akan fikir yang akan tengok bukan isteri saya sahaja, keluarga dia dan saya pun akan tengok.
Apa pula perspektif mereka. Jadi memang saya tapis satu per satu.
Meskipun kurang mendapat tawaran berlakon namun Imran percaya masih terdapat rezeki yang lain.
@ohbulanofficial Pelakon dan pengacara, Imran Aqil,25, memaklumkan dia sangat berhati-hati dalam memilih naskhah lakonan kerana mahu menghormati isterinya. #ohbulan #fyp #news #imranaqil