berita

[VIDEO] Inca Medina Curi Tumpuan, Miliki Senyuman & Bakat Persis Malique

August 21st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Inca Medina Malique

Sepotong video yang memaparkan anak perempuan kepada penyanyi rap terkenal, Malique iaitu Inca Medina telah mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Meremang Dengar Lagu Baru Malique Gabung Suara Dengan Mona Fandey – ‘Seram Tapi Lirik Padu’

Artikel Berkaitan: Pernah Bincang Nak Kolaborasi Bersama, Syamsul Yusof Mengaku Malique Idolanya Dalam Bidang Muzik

Inca Medina

Inca Medina Malique

Menerusi video yang tular di TikTok, Inca Medina difahamkan menjadi cameo dalam muzik video lagu terbaharu bapanya berjudul Sedih Hati.

Dalam muzik video berkenaan, Inca Medina pada awalnya mengenakan topeng muka sambil memainkan alat muzik biola serta ditemani beberapa pemuzik lain.

Bagaimanapun, di akhir muzik video itu, Inca Medina dilihat membuka topeng yang dipakai sekali gus memaparkan wajah sebenarnya.

Susulan itu, ramai wargamaya yang meluahkan rasa teruja melihat anak penyanyi itu yang kini sudah meningkat dewasa dan menjadi remaja yang cantik.

Bukan sahaja kecantikan Inca Medina menjadi perhatian, malah bakat yang dimilikinya juga disifatkan ‘turun’ daripada bapanya.

Persis Malique

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang mengatakan senyuman yang diukir pada wajah Inca Medina persis senyuman yang dimiliki Malique.

Untuk info, Malique yang juga bekas ahli kumpulan Too Phat secara tiba-tiba menghilangkan diri dari industri hiburan sejak 2007.

Bagaiamanapun, Malique difahamkan ketika ini lebih selesa berkerja di sebalik tabir dan terus menghasilkan karya-karya baharu.

Imbas kembali, Malique mendirikan rumah tanga bersama bekas pelakon Melissa Maureen pada Ogos 2008 . Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Inca Medina, Rumi Arjuna, Chasca Maya dan Ezra Aditya.

Video

@user6664853741507 INCA MEDINA ? #fyp #malique #incamedina ? original sound – ?SUPER RING? – user6664853741507

Sumber: TikTok

 

SKIP THIS AD ×