Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi dengan wargamaya tentang alahan yang dialaminya ketika hamil zuriat pertama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rahsia Kami Akhirnya Terbongkar!’ – Intan Najuwa Dedah Kini Berbadan Dua
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Respon Netizen, Nafi Sedang Hamil Anak Pertama – ‘Alamak Itu Bukan Baby Bump, Itu Food Bump’
Alami alahan
@aienshuhada1998 korang alahan macam mana cuba komen bawah #intannajuwa #viral #trendingnewsmalaysia #trendingnewsmalaysia #trendingnewsmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #johorbahru #fyp??viral
Menerusi sesi siaran langsung, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid mendedahkan langsir di rumahnya terpaksa ditukar manakala pasu bunga juga perlu dialihkan berikutan alahan yang dialami.
Masa saya first trimester, saya emosi sangat-sangat.
Langsir tu tak buat apa-apa pun, elok je selama ini dah tak pasal-pasal kena buka.
Tak boleh nak abaikan, kita akan rasa benda itu mengganggu kehidupan kita.
Pasu dekat rumah saya suruh orang gaji saya alihkan. Saya tak boleh tengok pasu tu depan saya, nak muntah. Padahal pasu tu saya yang beli, saya yang buat dekorasi.
Bayangkan, dah la muntah dan tak boleh makan, tapi itulah pembawakan (anak) saya rasa.
Bukan itu sahaja, aktres berusia 27 tahun tersebut juga berkata dia tidak dapat ke kandang kuda kerana kurang selesa dengan bau yang akan menyebabkannya muntah.
Sebenarnya saya hampir empat bulan tak pergi kandang kuda dan sampai sekarang masih belum boleh pergi ke sana. Sebelum ini saya cium-cium kuda saya.
Ada satu masa itu saya belum tahu saya mengandung, jadi saya pergi ke kandang kuda macam biasa tiba-tiba saya bau kuda sangat pelik.
Kemudian saya tanya suami, kenapa dengan bau tahi kuda..adakah mereka tukar makanan kuda. Seminggu lepas itu baru saya tahu yang saya hamil.
Bercerita lanjut, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan kuda kesayangannya.
Nak cerita tentang bau tahi kuda pun saya rasa nak termuntah.
Saya sedih sebab rindukan kuda dan dah lama tak jumpa kuda putih saya.
Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram, Intan memuat naik foto bersama suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman dan jelas kelihatan baby bump di bahagian perutnya, sekaligus mereka memaklumkan tentang kehamilan tersebut.
Sekadar info, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah yang terletak di Johor.
Semenjak mendirikan rumah tangga, Intan kerap menjadi perhatian wargamaya apabila dilihat sering dimanjakan Azraf.
Sumber: TikTok