Kehadiran Ira Kazar bersama isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menerusi siaran langsung di TikTok telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tertarik Dengar Kelembutan ‘Voice Over’ Ira Kazar – ‘Patutlah Suami Terpikat’
Artikel Berkaitan: Netizen Tak Sedih Tengok Ira Kazar Menangis – ‘Air Mata Puteri Sarah Lagi Banyak Mengalir’
Ira hanya tersenyum
Menerusi video yang dimuat naik semula, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat sedang duduk di sisi Nilam sambil bermain telefon.
Ketika diajukan soalan tentang kifarah, Nilam berkata Ira telah menerima takdirnya dengan reda walaupun tidak menjelaskan secara lanjut tentang perkara tersebut manakala Ira pula hanya tersenyum namun tidak memberi sebarang respon.
Ira tengah mengalami kifarah sekarang, bukan?
Dia pun dah reda, bersyukur dengan apa Allah beri pada dia.
Dia terima, dia ikhlas, InsyaAllah. Kita doa yang baik-baik untuk dia juga.
Difahamkan kehadiran isteri kepada pelakon sensasi, Syamsul Yusof itu ke rumah Nilam adalah untuk mempelajari resipi Tom Yam.
Netizen kurang senang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata timbul rasa ingin tahu dalam kalangan warganet berhubung isu kifarah tersebut dan meminta mereka untuk mengulas lanjut.
Dalam masa yang sama, ada juga yang masih mengecam anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu berhubung kontroversi rumah tangganya.
Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.
Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
@fathfariha Replying to @? Ira kena hadap la sbb tu pilihan dia?
? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Sumber: TikTok