berita

[VIDEO] Netizen Tertarik Dengar Kelembutan ‘Voice Over’ Ira Kazar – ‘Patutlah Suami Terpikat’

September 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ira kazar voice over

Susulan sering mendapat respon postif terhadap resipi yang dikongsikan di media sosial, isteri kepada pengarah popular Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mula memuat naik video masakan dengan lebih terperinci.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bukan Setakat Handal Di Dapur, Ira Kazar Tunjuk Skil Petik Gitar Sambil Menyanyi Lagu ‘Best Part’

Artikel Berkaitan: Penangan Air Tangan Ira Kazar, Sotong ‘Out Of Stock’

Guna ‘voice over’

ira kazar voice over

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat sedang menyediakan resipi Baked Potato Beef.

Dalam masa yang sama, Ira menggunakan suaranya sendiri untuk ‘voice over’ pada video masakan tersebut.

Difahamkan ‘voice over’ itu adalah permintaan warganet supaya mereka memahami cara penyediaan juadah dengan lebih mudah.

Netizen puji

ira kazar voice over

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan kelembutan suara anak kepada pelakon veteran iaitu Kazar Saisi itu, malah secara berseloroh mereka juga berkata mungkin kerana itulah Syamsul jatuh hati padanya.

Sementara itu, para pengikutnya turut meminta agar Ira kerap berkongsi resipi di media sosial selepas ini.

Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.

Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

@irakazar_

Baked Potato Beef Recipe ? #BakedPotato #CapCut

? original sound – Ira Kazar – Ira Kazar

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×