Video ‘interview’ isteri pertama kepada Ahmad Aslam iaitu Misya Mazlan mencuri perhatian warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aslam & Misya Duduk Makan Semeja, Netizen Sifatkan Elok Sepadan – ‘Kenapa Kena Ada Yang Ketiga?’
Artikel Berkaitan: ‘Betul Marissa Dania Hakim & Aslam Nikah Di Songkhla Thailand’
Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Video Bekas Suami Dakwa Marissa Kejar Balik Selepas Nekad Nak Berubah – ‘Aslam Tak Boleh Lawan Kelemahan’
Kahwin muda
Menerusi TikTok @Eaishah Liastra memaparkan Misya sedang disolek oleh seorang jurusolek atau MUA (make-up artist) sambil menjawab soalan mengenai keluarga.
Menurut Misya, dia berkahwin dengan Aslam ketika umurnya 21 tahun. Katanya, ketika mengetahui sedang hamil anak pertama, dia pernah terfikir sama ada mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu muda.
Saya anak dua orang. Dua-dua saya beranak normal. Beranak anak nombor satu dia susah sikit. Nombor dua lagi senang. Alhamdulillah dua-dua orang saya mengandung tak ada mabuk (alahan) dan mengidam.
Saya tak perasan pun tengah mengandung masa itu. Sebabnya memang period saya tidak menentu.
Alhamdulillah saya kan kahwin usia muda, masa itu umur saya 21 tahun. Jadi macam (tanya diri sendiri) boleh ke nak jadi ibu? Nak membesarkan anak. Dalam masa sama, mesti la gembira (bila tahu hamil).
Tambah Misya, Aslam tidak dibenarkan untuk menemaninya ketika melahirkan anak pertama kerana waktu itu negara sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.
Masa anak yang pertama, masa itu Covid.. suami memang tak boleh teman. Anak kedua baru boleh teman sebab swasta (pusat perubatan).
Gurau isteri nombor tiga?
Dalam pada itu, Misya sempat berseloroh ketika ditanya mengenai perancangan anak ketiga. Tanya Misya semula, tiga yang dimaksudkan itu seolah merujuk kepada lelaki berkahwin tiga.
Tiga yang mana? Yang nombor tiga ehem ke (senyum)? Ke anak nombor tiga? Masih dipertimbangkan. Kalau ada tu alhamdulillah. Apa pun masih merancang.
Terdahulu, secara eksklusif, kakak kepada Misya iaitu Nadiah mengesahkan Aslam sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember lalu.
Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya dan keluarga Marissa.
Terdahulu, anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.
Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.
Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila Misya mendakwa Marissa telah ‘check-in’ dengan bekas suaminya (ketika itu). Mengukuhkan lagi dakwaan itu, Misya mendedahkan sekali bukti resit.
Sumber: TikTok