berita

Video Jelingan Tajam Pada Kru Di ‘Backstage’ Konsert Tular, Siti Nurhaliza Respon – ‘Masa Ini Boleh Tengok Saya Jadi Singa’

April 16th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan momen yang agak tegang berlaku di ‘backstage’ konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza sehinggakan meraih perhatian orang ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Salam Mak Salmah Sambil Hulur Duit Belanja Raih Pujian, Netizen Terus Rindu Mak Di Kampung

Siti Nurhaliza beri jelingan tajam

Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat mimik muka penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi yang begitu tegas dan garang sewaktu berkomunikasi dengan salah seorang kru di belakang pentas.

Difahamkan, ketegangan itu berlaku dipercayai berpunca daripada kegagalan alat monitor telinga yang digunakan TokTi sebelum memulakan konsertnya di atas pentas.

Dalam pada itu, TokTi tampil memberikan respon mengenai potongan video yang tular tersebut menerusi ciapan dibuat melalui aplikasi X.

Menerusi ciapan tersebut, pelantun lagu ‘Wajah Kekasih’ tersebut berseloroh bersama wargamaya dengan mengatakan bahawa itulah masa untuk mereka melihat dirinya berubah menjadi ‘singa’.

Hahaha, masa ini boleh tengok saya jadi singa.

Video

@malaysianspeaks Terbaik TokTi, bab kerja tegas ? #sitinurhaliza #fyp #malaysianspeaks #siti #viralmalaysia ? original sound – Malaysian Speaks

Sumber: Aplikasi X, TikTok 

SKIP THIS AD ×