Peminat yang mengikuti setiap perkongsian di media sosial Kak KM mesti tahu bagaimana layanan usahawan sensasi itu terhadap ibu tercintanya, Normah Damanhuri yang merupakan pelakon veteran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Mengamuk Dengan Suami, Kereta Rosak Langgar Tembok Rumah – ‘Minta Maaf Pun Tak Ada’
Sambut birthday meriah
Baru-baru ini, Kak KM menyambut hari ulang tahun kelahiran Normah yang ke-70 di sebuah hotel di ibu negara. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Normah dilihat menyerlah menggayakan busana berwarna merah pada hari istimewanya.
Bukan hanya menaja lokasi acara, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli turut menghadiahkan dua utas gelang emas seberat 40 gram setiap satu untuk Normah. Sebiji kek setinggi lima tingkat juga disediakan bagi memeriahkan lagi acara tersebut.
Hadiah buat mama tahun ini. Mama kena pakai tak boleh buka. Ini emas padu seberat 40 gram. Tak perlu sebut harga, sebut berat saja.
Ini gelang dua tahun lepas, mama masih pakai. Tahun lepas dapat kereta (jenis Honda).
Cukup hidup bahagia
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon drama Diari Ramadhan Rafique menyatakan di usia emas ini tidak ada yang dihajati selain diberikan kesihatan yang baik dan kekal bahagia bersama keluarga.
Dalam usia begini, tiada apa yang saya harapkan selain kesihatan dan bahagia bersama dengan anak-anak.
Tahun ini sangat istimewa buat saya kerana dipermudahkan urusan di Tanah Suci Makkah untuk ibadah haji sebelum ini.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji dengan sikap Kak KM yang tidak pernah lupa untuk berkongsi rezeki dengan ibunya.
Di samping itu, ada juga netizen yang memfokus kepada perut KM dan tertanya sama ada itu adalah ‘baby bump?’
Sumber: Instagram