Usahawan sensasi, Kak KM sekali lagi diuji Allah SWT apabila kereta mewah miliknya terlibat dalam satu kemalangan sehinggakan mengalami kerosakan yang teruk.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mana Ifa Raziah & Kak KM Campak Rasa Malu, Tak Takut Dosa?’ – PU Syed Kecewa Tengok Acara Gelek
Maki suami
@lianaroslikakkm??? original sound – kakkm@sweetdara
Menerusi video di TikTok, Kak KM dilihat meluahkan rasa berang dan kecewa dengan suaminya yang dipercayai memandu kereta terbabit. Dalam beberapa rakaman yang dikongsikan, dapat didengari suara suaminya menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
Kata suami Kak KM, dia tidak sengaja menekan gear ‘reverse’ (mengundur) lalu menghentam tembok belakang rumah.
Tertekan adui masa nak parking kereta.
Anak kepada pelakon serba-boleh, Normah Damanhuri yang terlampau marah telah mengeluarkan kata makian terhadap suaminya.
Hancur kereta aku sial betul. Minta maaf pun tak ada pu*****. Terus tekan minyak sekuatnya. Ba** punya manusia. Ini namanya menaya, tak tahu sama-sama jaga harta.
Dalam pada itu, dapat dilihat keadaan bahagian belakang kereta Kak KM yang terkepak sedang ditarik oleh lori towing.
Allahuakbar
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut berasa kurang senang dengan tindakan Kak KM memaki suaminya kerana telah menjadi punca kecelakaan.
Selain itu, ada warganet yang bersetuju dengan kenyataan aktor, Datuk Rosyam Nor yang berpendapat kebanyakan wanita bekerjaya hebat dan mempunyai kewangan kukuh akan mula memiliki sifat angkuh.
Bagaimanapun, segelintir memahami dengan perasaan Kak KM yang sudah bersusah payah mencari rezeki demi memberi kemewahan kepada keluarga.
Sebelum ini, Kak KM berdepan ujian kesakitan apabila anak ketiganya, Baby Rania yang berusia 13 tahun dipercayai menghidap jantung berlubang di mana kini saiz lubang itu semakin membesar.
Sumber: TikTok