berita

[VIDEO] ‘Kalau Adik Aku Dikerjakan Macam Tu, Kubur Jawab Dia…’

February 12th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Semakin hari, kes buli dalam kalangan pelajar sekolah semakin meningkat naik. Hal ini amat membimbangkan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah. Bukan itu sahaja, kes buli ini boleh memberi kesan kepada mangsa buli pada masa akan datang.

Menerusi Facebook, Jabatan Netizen Malaysia berkongsi satu video rakaman kes buli pelajar sekolah. Seorang pelajar dipukul bertubi-tubi dan tidak melawan langsung. Kejadian yang berlaku di dalam kelas sebuah sekolah telah mendapat perhatian netizen.

Rakan lain bersorak

Menerusi video tersebut seorang pelajar dibelasah pelajar lain tanpa melawan. Turut kelihatan pelajar lain yang bersorak ketika kejadian. Pelajar yang membuli itu memukul dan menendang mangsa secara berterusan tanpa belas kasihan. Walaupun di dalam kelas berkenaan mempunyai ramai pelajar lain, tiada seorang yang datang menghulurkan bantuan.

Gaduh rebut makwe?

Mangsa kemudian cuba keluar dari kelas, namun malangnya dipukul pula secara beramai-ramai oleh kumpulan pelajar ini.

Berikutan itu mangsa yang menyedari rakaman video tular membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Mas, hari ini.

Terbaru, laporan Harian Metro mendapati kejadian berlaku pada Ahad lalu di Pasir Mas. Mangsa yang berusia 15 tahun dipukul sekumpulan pelajar dari sekolah yang sama, lebam di muka dan badan. Motif pergaduhan berpunca daripada berebut teman wanita. Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah, kejadian pada 6 petang itu melibatkan mangsa dipukul, ditumbuk dan disepak beberapa kali oleh kumpulan pelajar berusia 14 hingga 16 tahun.

Tambahnya lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana bergaduh. Pihak polis turut akan mengambul tindakan lanjut dengan menahan kumpulan pelajar terbabit bagi membantu siasatan.

Dapat kat aku mahu kena tibai

Rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar berkenaan kerana tidak mencerminkan keperibadian seorang pelajar. Tindakan rakan lain yang bersorak ketika kejadian turut dikecam.

Sumber: Jabatan Netizen Malaysia

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×