Pelakon dan pengacara Izzue Islam, antara selebriti yang sering diasak dengan soalan mengenai zuriat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Boleh Tak Kalau Kita Mati Sama-Sama?’ – Izzue Islam
Artikel Berkaitan: ‘Saya & Awin Tiada Sebarang Masalah Kesihatan, Cuma Belum Ada Rezeki Anak’
Belum ada rezeki
Menerusi temu bual bersama Kool101, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan berkata dia sudah lali dengan pertanyaan tersebut malah dia menyerahkan segalanya kepada takdir Allah SWT.
Biasanya saya akan okay sahaja, cumanya saya dah pandai elak. Daripada pergi jumpa dengan orang macam ini, lebih baik saya elak terus.
Kami enjoy je hidup berdua ni sebab benda inikan rezeki kalau Allah tak bagi tu mungkin rezeki kita nanti dekat syurga, Insyaa-Allah.
Bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun tersebut mengakui bahawa dia tetap berasa kurang selesa ketika disoal tentang hal zuriat.
Kita tak tahu, mungkin ada orang niatnya bergurau. Atau mungkin dia memang betul-betul concern, dia nak sangat tengok kita ada baby kan.
Tapi bagi saya soalan itu elok simpan sahaja sebab benda ini lain orang lain penerimaan dia dan kita tak tahu apa yang orang tu sedang lalui.
Dalam masa yang sama, pelantun lagu Berdua Bersatu itu juga menyatakan bahawa kebanyakkan pasangan suami dan isteri mahu memiliki anak namun tidak semua menjalani proses yang mudah.
Macam saya, saya memang nak. Siapa yang tak nak anak? Kami pun nak ada anak nak ada waris, semua orang nak cuma benda ini rezeki dan kita tak tahu apa proses yang dilalui mereka.
Mungkin dia dah pergi berubat, dia dah jumpa doktor. Semuanya melibatkan masa dan juga kewangan.
Kos rawatan bukannya murah, contoh buat IVF bukannya bayar RM300 boleh dapat anak esok. Ianya bukan sekali sahaja proses, kalau dapat sekali sahaja Alhamdulillah rezeki. Tapi walaupun sekali sahaja, kosnya bukan tiga empat ribu.
Sekadar info, Izzue mendirikan rumah tangga bersama Awin yang merupakan pengurusnya pada 2 Jun 2013.
@kool101my “Mungkin rezeki kita nanti, dekat syurga nanti…” Kalau belum kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, takda anak…orang tanya bila nak ada anak. Bila ada anak, orang tanya bila nak tambah lagi satu. Mulut orang ni kan takkan berhenti bertanya. @Izzue Islam pun dah lali dengan soalan macam ni. Tapi kali ni Izzue pilih untuk elak kalau ada yang bertanya. Tapi betul lah kan, kalau ada rezeki ada lah. Siapa je yang tak nak anak kan? Catch up Close Up Pagi On Point bersama Izzue Islam di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! ? #Kool101 #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint #izzueislam #sukasamasuka
Sumber: TikTok Kool101