berita

[VIDEO] ‘Kalau Mak Meninggal Tolong Sambung Bacakan Al-Quran Ini’ – Bonda Rozita

December 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

bonda rozita

Baru-baru ini, ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-59 tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Kena Serang Dengan Netizen – ‘Kau Dah Bercerai Ke?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bibik Tudung Kena Rasuk, Meracau Dalam Bahasa Thailand Cakap Nak Jumpa Aliff Syukri! Netizen Tanya – ‘Siapa Yang Hantar?’

Pesanan ibu untuk anak

bonda rozita

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman bersama isteri, Datin Nur Shahida membuat kejutan buat ibunya.

Paling menarik, usahawan itu menghadiahkan ibunya tasbih emas yang ditempah khas selain sepasu bunga dan senaskah Al-Quran.

Semua barang Kri dah bagi dekat mak sampai tak tau nak kasi apa. Cuma satu yang mak belum pernah dapat daripada Syukri. Tasbih custom hadiah paling berharga yang Syukri pernah bagi. Semoga mak panjang umur, sihat selalu dan sentiasa gembira melalui hari-hari mendatang.

Saya percaya percaya hadiah ini tidak ternilai dengan pengorbanan mak menjaga saya daripada kecil sampai lah sekarang.

Minta maaf banyak-banyak kalau terkasar bahasa. Kosong-kosong ya. Semoga mak gembira.

Bonda Rozita dilihat sangat teruja menerima hadiah-hadiah tersebut dan sempat menitipkan nasihat buat anak lelakinya itu.

Mak pun sama. Cuma mak minta satu, satu hari kalau mak meninggal tolong sambung bacakan Al-Quran ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat dua beranak itu dan memuji sikap Aliff yang menghargai ibunya.

Dalam masa yang sama, mereka turut berasa sebak apabila mendengar pesanan Bonda Rozita.

Selalu menyantuni dan membahagiakan ibu bapa, patutlah Datuk sekeluarga selalu murah rezeki.

Pesanan bonda tu sebak pula..InsyaAllah semoga bonda dan Datuk sekeluarga sentiasa dalam rahmatNya.

Walau diberi kemewahan, terucap di mulutnya mengingati hari kematian. Itu tandanya hati yang tunduk.

@abangterlajaklaris

Happy bitdy mak????Semua barang kri dah bagi dekat Mak sampai x tau nak kasi apa… Cuma satu yang mak belum pernah dapat dari Syukri. Tasbih custem Ini hadiah paling beharga yang Syukri pernah bagi. Semoga Mak panjang umur,sihat selalu dan sentiasa gembira melalui hari hari mendatang.. saya percaya percaya hadiah ini tidak ternilai pengorbanan mak menjaga saya daripada kecil sampai lah sekarang apa pun selamat hari lahir emak ke-59??????

? Warm Piano (Instrumental) – Audiolist Productions

Sumber: TikTok Aliff Syukri 

SKIP THIS AD ×