berita

‘Jangan Kita Tambah Kepedihan Mereka’ – Isu Bendera Putih, Bonda Rozita Tegur DS Vida

July 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: DSV

Semalam, usahawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida (DSV) menerima kecaman hebat daripada netizen susulan satu kenyataan yang dikongsi menerusi satu video di laman Tiktok.

Menerusi video itu, dia menasihati golongan yang terjejas sewaktu negara berdepan dengan pandemik Covid-19 supaya tidak hanya mengharapkan bantuan semata-mata.

Artikel Berkaitan: ‘Janganlah Guna Alasan PKP, Usaha…’ – Nasihat Usahawan Kosmetik Undang Kecaman Netizen

Terbaru, ibu kepada Datuk Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim menerusi satu hantaran di laman Facebok memberikan ulasan mengenai ‘nasihat’ yang telah diberikan oleh DSV.

‘Bukan isu rakyat malas kerja’

Foto: Rozita Ibrahim

Ujar Rozita atau lebih mesra disapa Bonda, apa yang terjadi bukannya disebabkan orang malas untuk bekerja tetapi disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Ujarnya lagi, sebelum wujudnya wabak ini orang ramai sama sekali tidak pernah mengibarkan bendera putih demi meminta bantuan.

Saya pernah lalui kemiskinan tapi bukan dalam Covid-19. Tak semua orang miskin meminta-minta! ayat malas tak sesuai digunakan dalam rakyat stres. Kita simpati kita kena ada sensitivity sebab manusia sekarang sangat teruk perasaannya. Posting berhati-hati untuk menjaga perasaan hati semua orang. Rakyat tolong rakyat kami tak nak ada yang kelaparan dan bunuh diri!

Berbicara lebih lanjut, dia turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di mana syarikat-syarikat besar telah bankrap dan mengalami kerugian sekali gus, memberi kesan terhadap pekerja-pekerjanya. Pada masa yang sama, Bonda menjelaskan setiap individu menginginkan kehidupan seperti dahulu yang bebas ke sana ke sini walaupun, pelbagai usaha telah dijalankan.

Dalam isu sekarang kita jangan salahkan sesiapa pun! Kita semua dah cukup tertekan kita semua usaha nak membantu kurangkan tekanan. Logiknya tiada orang suka naikkan bendera putih.

Saya tengok pun sedih dan saya tak gembira dengan keadaan negara kita sekarang, sebab rakyat kita bukan jenis meminta-minta. Semua orang nak kerja tak harap duit kerajaan!

‘Bonda respect Dato’ Vida’

Foto: Rozita Ibrahim

Ujarnya lagi, dia sangat menghormati DSV dan memuji tindakannya yang memberikan motivasi kepada rakyat Malaysia dan tahu akan niat baiknya itu.

Tetapi rakyat kita tak perlu motivasi begitu saat begini, mereka lagi down nanti. Mereka dalam gelora dan down, jangan kita tambah kepedihan mereka. Kita orang tua Dato’ Vida, banyak pengalaman suka duka. Mental rakyat Malaysia serabut sangat dah.

Pada masa yang sama, Bonda sempat berpesan supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi sebarang ilmu mahu pun info kerana takut ia boleh mengguris hati mana-mana pihak.

Hati orang ramai kena jaga, kita buat posting yang lawak-lawak, kasi info ke, hiburkan mereka, tu lebih sesuai tak semua orang boleh usaha kalau tiada ilmu tiada modal. Jika kita tak mampu nak sedekah semua orang jangan usik hati mereka! Melainkan menyenangkan hati mereka!

Sumber: Rozita Ibrahim

SKIP THIS AD ×