Usahawan dan personaliti media sosial, Siti Jamumall menafikan dakwaan teman lelaki menjadi punca dia dan bekas suami bercerai.
Artikel Berkaitan: Muat Naik Momen Sambut Birthday Boyfriend, Netizen Puji Penampilan Baharu Siti Jamumall – ‘Cantik Bertudung’
Artikel Berkaitan: ‘Dapat Nafkah RM50 Setahun, Sampai Bila Tanggung Biawak Hidup’ – Siti Jamumall
Bukan kerana orang ketiga
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin menjawab dakwaan yang dilemparkan oleh warganet tentang hubungannya dengan teman lelaki.
Dulu beria kata tak ada apa-apa, sekarang terbukti. Cerai berai pasal nak orang lain.
Tidak berdiam diri, Siti kemudian menepis dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa punca penceraiannya bukanlah kerana kehadiran orang ketiga.
Abang nak cakap saya ni minta cerai sebab ada orang lain? Macam lah awak ni 24 jam hidup dengan saya. Ada sebab dan bukanlah sebab saya nak kahwin lain.
Sementara itu, usahawan berusia 25 tahun ini mendedahkan bahawa bekas suaminya sudah pun berkahwin dengan wanita lain dan bakal menimang cahaya mata.
Sebenarnya selepas sahaja saya bercerai dan baru habis iddah, bekas suami saya dah kahwin lain. Isteri dia pun tengah mengandung sekarang. Saya ni tak kahwin lagi, dah setahun lebih menjanda.
Jadi kalau saya yang gatal, saya rasa saya dulu yang kahwin. Dekat situ pun boleh nilai sendiri. Tapi apa-apa pun saya doakan awak bahagia dan dilimpahkan rezeki.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Siti membalas dakwaan tersebut dengan tenang dan tidak cepat melatah selain menasihatinya untuk mengabaikan komen negatif seperti itu.
Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2
@sitijamumall Replying to @LookHere ?
Sumber: TikTok Siti Jamumall