Gelagat spontan penyanyi Adira Suhaimi dan suami, Datuk Red di siaran langsung TikTok mencuri tumpuan ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tuhan Tolong Lembutkan Hati Dia, Untuk Terimaku Seadanya’ – Adira Nyanyikan Lagu ‘Ombak Rindu’ Untuk Datuk Red
‘Nanti anak-anak sedih tengok’
Menerusi video yang dikongsikan memaparkan atuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, sedang membuat siaran langsung di TikTok sambil menjual biskut raya Red Velvet Delicious dan Sambal Bilis Pedas by Abang Red.
Adira yang sedang duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu tidak lokek membantu mempromosikan jualan suaminya itu. Rata-rata penonton yang akui suka melihat hubungan baik yang terjalin antara Datuk Red dan Adira meskipun pasangan itu kini dalam proses perceraian.
Macam mana pun kami berbaik. Kami okay. You are my friend.
Tak akan kita kena bergaduh. Nanti anak-anak sedih tengok. Kalau tak ada jodoh pun, kami masih macam ni berkawan. Kita tak nak gaduh-gaduh, kasihan anak-anak. Mereka dah besar, dah boleh faham.
Tidak kurang juga ada di antara wargamaya menitipkan doa agar Datuk Red dan Adira dipanjangkan jodoh dan berharap agar pelnatun lagu ‘Lara Lagi’ itu menarik semula permohonan cerai yang difailkannya pada Oktober lalu.
Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.
Manakala perkahwinan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Video
@abgred_Adira live dengan Dato hari ni. Bersemut je tiktok? Lagu Sedih Sangat Menyentuh Hati – Lagu Sedih
Sumber: TikTok