Baru-baru ini, personaliti media sosial Aqil Zulkiflee mengikat tali pertunangan bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Iliya.
Bagaimanapun, Aqil tidak mendedahkan wajah tunangnya.
Artikel Berkaitan: Setiap Hari ‘Perah’ Otak Fikir Mengenai Content Youtube, Aqil Zulkiflee Syukur Tercalon ABPBH34 – ‘Saya Pernah Terima Kecaman & Ejekan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tiada Keraguan, Wanita Bertunang Walau Tak Pernah Berjumpa Dengan Pilihan Hati – ‘Risau Love Scam Tapi Rekodnya Bersih’
Amaran Aqil
Menerusi hantaran di TikTok, Aqil meluahkan rasa marah berikutan terdapat individu yang bertindak menularkan wajah tunangnya itu.
Tidak berdiam diri, Aqil tampil memberi amaran terhadap individu berkenaan.
Kau ingat aku tak tahu rumah kau dekat Alor Setar? Nanti polis datang rumah ya.
Dalam nada tegas, Aqil berkata dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.
Kalau dia punca tunang aku sakit, kena kacau orang, memang aku saman.
Dah suruh padam, dia degil. Apa-apa jadi dekat tunang aku, aku cari sampai lubang cacing.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet meminta agar Aqil bersabar dan tidak mengambil tindakan melulu.
Janganlah, dia budak-budak lagi. Dia tak tahu apa-apa terus nak telefon polis.
Relaks, tunang baru jangan kalut.
Rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan. Awak influencer, orang akan cari siapa dia.
Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet yang menyokong tindakan Aqil berikutan dia mahu menjaga keselamatan tunangnya.
Dia risau tunang dia dapat penyakit ain, tolonglah faham ramai dengki sekarang ini.
Bagus, ciri-ciri seorang suami dah ada. Protect tunang dik, zaman sekarang banyak penyakit ain. Macam-macam orang boleh buat.
@aqilzulkiflee Kau ingat aku tak tahu rumah kau dekat Alor Setar? Nanti polis datang rumah ye!!! Awak sabar k @Aqiliya79 ?? #viraltiktok #foryoupage #fyp? #fyp
Sumber: TikTok Aqil Zulkiflee