berita

[VIDEO] ‘Kau Pun Sama Tak Ada Otak’ – Netizen Berang Perakam Sekadar Melihat Wanita Bantai Anak Tanpa Kawalan

November 8th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Seketika tadi, kecoh di ruangan media sosial video seorang wanita membantai anaknya tanpa kawalan. Video berdurasi 50 saat itu melihatkan seorang ibu memukul, menampar dan menendang anaknya yang kelihatan baru sahaja berusia 3 atau 4 tahun. Dipercayai berang dengan anaknya yang mahu mengikutnya keluar, dia dilihat menampar kuat sambil mengheret budak itu ke tempat duduk belakang keretanya.

Jika didengar dengan teliti, wanita itu kedengaran seperti mengeluarkan kata-kata yang boleh mengancam keselamatan budak itu. Kalau ye pun, ini bukan caranya kalau nak mengajar anak!

‘Tadi aku dah kata jangan ikut… mati kau, aku kerjakan’ – Wanita berkenaan

https://www.facebook.com/mediahubs/videos/707761729434827/

Video viral itu mula mendapat perhatian netizen dan antaranya menyoal tindakan ‘perakam’ yang tidak berbuat apa-apa untuk membantu situasi tersebut, sebaliknya hanya duduk bersahaja memerhati apa yang berlaku seolah-olah ia adalah sebuah filem.

Sumber: Facebook Kelab Peminat Sari Yanti

SKIP THIS AD ×