Usahawan popular, Kak KM menitipkan nasihat kepada golongan suami untuk tidak kedekut berbelanja untuk isteri dan anak-anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Pramugara Beri Penjelasan Beg Kak KM Diumpil – ‘Salah Sendiri, Lepas Ini Jadilah Lebih Bijak Ketika Melancong’
Artikel Berkaitan: ‘Boleh Pergi Mampu*, Anak Kau Bodo*’- Kak KM Mengamuk Keputusan 4 Flat Anak Diperlekeh Netizen
Suka sorok duit
Menerusi video di TikTok, Kak KM berkata ramai suami di luar sana yang bertindak ‘menyembunyikan’ duit gaji daripada isteri.
Tegas Kak KM, suami yang kedekut ini tidak akan dimurahkan rezeki malah akan diduga dengan masalah yang akan melibatkan pengaliran duit keluar.
Sebab ada banyak lelaki dekat luar sana yang sorok duit. Dapat gaji, dapat bonus, diam diam. Asyik cakap tak ada duit.
Kau kena tahu satu hal. Kalau kau kedekut dengan isteri dan anak-anak, binasa hidup kau. Lagi kau sorok duit, duit itu akan hilang. Bukan hilang sebab toyol ambil.
Ada saja masalah yang timbul contoh kereta rosak. Jadi, kau terpaksa keluar duit.
Gaji isteri pegang
@sweetdarakmbeauty_marykl Betul ke tak?? Kalau tak kedekut dengan anak isteri, rezeki suami akan jadi lebih murah. #kakkm #suamipemurah #murahrezeki ? original sound – sweetdara km beauty KL
Bagaimanapun, Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli menyatakan dia bangga dengan sikap suami yang mempercayai isteri untuk menguruskan keseluruhan duit gaji.
Dapat saja gaji bulat-bulat semua dia serah dekat bini. Kemudian bini akan uruskan semua. Makna dia tak pegang langsung duit. Kalau dia nak duit makan ke barulah dia minta. Aku memang respect orang macam ini.
Sumber: TikTok