Setiap manusia mempunyai nilai kasih sayang sama ada sesama manusia mahupun haiwan. Namun, sejak kebelakangan ini, ada dalam kalangan manusia yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan tanpa ada rasa simpati. Pada September tahun lalu, seorang pemandu teksi ditangkap gara-gara tindakan kejam memasukkan seekor kucing ke dalam mesin pengering pakaian.
Terbaharu, menerusi satu rakaman video, seorang lelaki bertindak menembak seekor monyet kerana monyet berkenaan enggan cakap ‘baby sayang’. Kejam!
Lain kali cakap ‘baby sayang’..
Aku taktahu lah jenis manusia apa laki ni. Tolong cari laki ni sampai jumpa. Kesian sangat kat binatang tu. Buat gurauan bodoh macam ni. Tolong cari mamat ni. pic.twitter.com/M8E8Xpr9gh
— ken (@mckensz) May 18, 2019
Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Mckensz, seorang lelaki mengugut dan menyuruh seekor monyet untuk ‘cakap’ perkataan ‘baby sayang’ dan sekiranya tidak berbuat demikian dia akan menembak. Melalui video itu, monyet dalam keadaan terkurung di dalam sebuah sangkar dan dengan kiraan 1,2,3 lelaki tersebut terus menembak monyet itu tanpa ada rasa belas kasihan!
Paling menyedihkan terdengar suara monyet yang mengerang kesakitan selepas ditembak. Pengguna Twitter itu memberitahu bahawa dia mendapat video tersebut melalui perkongsian di group WhatsApp dan tidak mengetahui siapa empunya video berkenaan.
Perkataan ‘baby sayang’ merupakan jawapan daripada pelakon Mira Filzah ketika peminat bertanya soalan di live chat Instagramnya baru-baru ini. Perkataan dan sedutan rakaman tersebut telah viral dan menjadi trending.
The stupidest thing ive ever seen
This is the stupidest thing ive ever seen. Who is this guy?! https://t.co/b3mOuqjl8f
— MIRA FILZAH (@MFMiraFilzah) May 19, 2019
Perasan dengan perkongsian video tersebut, Mira Filzah menerusi Twitternya membalas dengan menyatakan bahawa ia adalah tindakan yang paling ‘bodoh’ yang pernah dia lihat. Mira juga bertanya dan ingin mengetahui siapakah lelaki yang melakukan perbuatan zalim itu.
Kejam dan zalim
Sumber: Mckenz & Mira Filzah