berita

[VIDEO] Keluarga ‘Influencer’ Teruja Mufti Menk Datang Ke Rumah, Pernah Terserempak Di One Utama

May 27th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan pendakwah terkenal, Mufti Menk menziarahi rumah keluarga seorang personaliti media sosial di Malaysia.

Artikel Berkaitan: Rezeki Allah SWT! Alif Satar Dapat Bersua Muka Dengan Mufti Menk & Imam Masjidil Haram, Sekali Pakej Bergambar

Artikel Berkaitan: Foto Main ‘Flyboard’ Di Dubai Dikritik, Mufti Menk Balas Komen: ‘Kena Seimbangkan Antara Keluarga & Ummah’

Tunai hajat ibu

Personaliti media sosial, Att Yusof memuat naik video tersebut di TikTok dan menurutnya kehadiran pendakwah Ismail Menk atau Mufti Menk itu adalah untuk menunaikan hasrat ibunya yang sedang sakit.

Mufti Menk memberkati kami dengan kehadirannya semalam. Saya tahu ibu saya mahu berjumpa dengannya lagi jadi pertemuan ini mengambil masa satu bulan untuk dirancang.

Apabila saya tahu dia akan datang ke Malaysia, saya menghantar mesej kepadanya untuk menjemputnya. Saya bersyukur kerana dapat memenuhi hajat ibu.

Menerusi video tersebut, kelihatan ulama terkenal yang berasal dari Zimbabwe itu datang berseorangan dan beramah mesra dengan keluarganya. Mufti Menk juga dilihat sempat memberi tazkirah kepada mereka semasa menjenguk ibu wanita tersebut.

Dalam pada itu, kehadiran Mufti Menk telah menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan warganet kerana ia adalah sesuatu yang luar biasa apabila ulama terkenal dunia dapat datang ke rumah.

Justeru itu, pada akhir video tersebut, dia menceritakan detik pengenalan mereka dengan Mufti Menk iaitu ketika mereka terserempak dengannya semasa membeli-belah di One Utama pada tahun 2019.

Kami terserempak dengan Mufti Menk di One Utama dan mak saya menegurnya. Beliau kemudian memberikan nombor telefonnya untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan kesihatan ibu.

@attyusof

@Mufti Menk blessed us with his presence yesterday. I know my mama wants to meet him again so this meet up took me one month to set. The moment i know he’s coming to Malaysia, i texted him to invite him over. Thankful that i could fulfill my mother’s wish. Backstory: met him back in 2019, he gave me his number so i can update him abt mama.

? original sound – Att Yusof – Att Yusof

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×