Gelagat usahawan popular Datuk Seri Vida (DSV) bersama anak perempuannya iaitu Cik B sering mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pergi Showroom, Netizen Cakap Cik B Pilih Kereta Macam Nak Beli Baju, DSV Siap Tanya Tak Nak Brabus Ke?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tayang Duit Dalam Akaun Bank, Cik B Pernah ‘Spend’ Lebih RM1 Juta Sebulan?
Nampak sama
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Cik B berkongsi video yang memaparkan penyokong-penyokong Korea Selatan hadir pada perlawanan akhir Kumpulan E Piala Asia 2023.
Paling menarik perhatian adalah wajah salah seorang penyokong itu menyerupai seperti Vida.
Mama kenapa sokong Korea? Kenapa tak sokong Malaysia?
Tak apalah mama, Cik B orang Malaysia jadi Cik B sokong Malaysia.
Pada mulanya Vida kelihatan tercengang kerana tidak memahami maksud anaknya berhubung video berkenaan.
Namun, usahawan berusia 52 tahun itu kemudian ketawa besar setelah melihat wajah wanita tersebut.
Macam mama tapi tembam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat telatah anak beranak itu selain memuji keharmonian keluarga mereka.
Dah agak Cik B mesti kenakan mama dia.
Cik B ni suka mengusik mama dia.
Start Datuk Vida gelak, aku pun tak boleh berhenti gelak.
Sporting la DSV ni, dulu mula-mula menyampah tapi sekarang tak lagi dah. Terima kasih hiburkan rakyat Malaysia.
Tinjauan OhBulan! mendapati video itu setakat ini telah mendapat 7.1 juta tontonan dengan lebih 700,000 tanda suka.
Untuk info, pasukan Harimau Malaya berjaya mengikat Korea Selatan 3-3 di Stadium Al Janoub, Qatar pada Khamis lalu.
@cikb_havoc Dah jumpa 2 lagi 5 #shouldbeme #fyp #funny #cikb #tiktokmalaysia #datoserivida #twin
Sumber: TikTok Cik B