berita

Fenomena Baharu! Ketawa Pecah Perut Bersama Pelawak Terkenal Malaysia & Indonesia Di Konsert Muzika Lawak Nusantara

June 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Bakal menggegarkan Stadium Malawati pada 19 Ogos ini adalah sebuah persembahan julung kalinya diadakan iaitu Konsert Muzika Lawak Nusantara yang menggabungkan pelawak-pelawak popular dari Malaysia dan Indonesia.

Artikel Berkaitan: Achey Dirawat Di Hospital, Ada Benjolan Belakang Badan

Artikel Berkaitan: Atu Zero Belum Terima Bayaran, RM30,000 Dibekukan

Dua negara di satu pentas

Menurut pengarah Mesaton Ventures, Azroy berkata konsert tersebut dianjurkan bersama pihak Ifix Studio adalah sebagai penghargaan kepada pelawak di samping menguatkan lagi industri komedi kedua-dua negara.

Objektif utamanya adalah untuk menghargai pelawak-pelawak dari Malaysia dan Indonesia di mana, pelawak menjadi pemain industri yang dilihat hanya mengisi slot-slot kecil di kaca TV.

Tujuan utama penganjuran Konsert Muzika Lawak Nusantara adalah bagi mengetengahkan gabungan pelawak ini, sekaligus ingin menjadikan acara ini sebagai satu fenomena untuk industri komedi di antara kedua-dua negara.

Secara tidak langsung, gabungan ini juga akan menyatu serta mengukuhkan lagu ikatan antara kedua-dua negara.

Konsert Muzika Lawak Nusantara bakal menyaksikan persembahan mantap pelawak Malaysia antaranya kumpulan Zero yang terdiri daripada trio adik-beradik iaitu Sharif, Atu dan Melati serta kumpulan Bocey yang dianggotai Fad dan Achey. Manakala pelawak tersohor dari Indonesia pula iaitu Sule, Rina Nose dan Aziz Gagap.

Menjawab tentang pemilihan barisan pelawak tersebut, pengarah acara Khairul Afizi menjelaskan bahawa mereka yang terlibat untuk konsert ini dipilih berdasarkan prestasi masing masing dalam industri ini.

Pemilihan artis dan pelawak-pelawak ini dibuat selepas melalui sesi perbincangan dan pemilihan. Tiga nama besar pelawak Indonesia dipilih memandangkan mereka mempunyai peminat mereka sendiri di Malaysia.

Pemilihan Bocey dan Zero adalah kerana prestasi mereka yang pernah menjuarai program TV dan ini juga menjadi gabungan semula mereka di pentas yang berskala mega. Secara tidak langsung, ini menampakkan konsep nusantara yang ingin diketengahkan.

Lain dari yang lain

Dalam pada itu, beliau yakin persembahan-persembahan ‘outstanding’ akan dipertontonkan khusus di konsert ini daripada semua pelawak menerusi konsep persembahan lain dari yang lain.

Konsep bagi konsert ini sememangnya berbeza berbanding konsert-konsert yang diadakan sebelum ini. Saya menjanjikan sketsa-sketsa yang tidak pernah ditonton di mana-mana.

Konsert ini akan berlangsung selama lebih kurang dua jam yang akan terbahagi kepada empat segmen iaitu setiap satu segmen diberi masa selama 30 minit.

Sementara itu, semasa ditemui OhBulan! ketika di sidang media, pihak penganjur juga mengumumkan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal sebagai hos yang bakal mengendalikan konsert tersebut.

Bagi anda yang mahu menyaksikan Konsert Muzika Lawak Nusantara tiket boleh didapatkan di www.ticket2u.com dengan harga RM368 (VVIP), RM328 (VIP), RM188 (Red Zone), RM188 (Yellow Zone), RM188 (Purple Zone) dan RM128 (Blue Zone).

SKIP THIS AD ×