Personiliti media sosial dan doktor perubatan, Dr Say Syazril berkongsi pengalamannya sebagai bapa kepada seorang anak autisme.
Artikel Berkaitan: ‘Sekiranya Saya Atau Isteri Tiada Di Dunia..’ – Dr Say Menangis Ketika Ambil Kad OKU Anak
Artike Berkaitan: ‘Keupayaan Kawalan Tingkah Laku & Kemahiran Komunikasi Ace Perlu Diperbaiki’ – Dr Say Mohon Ibu Bapa Celik Perkembangan Anak Autism
Tiket ke syurga
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Dr Say memberikan respon terhadap kisah sepasang suami isteri yang berdepan situasi sama dengannya iaitu memiliki anak autisme.
Bercerita semula, Dr Say berkata isterinya dapat mengesan sesuatu yang berbeza terhadap perkembangan anak sulung mereka iaitu Ace, ketika kanak-kanak itu masih bayi namun dia menafikannya.
Saya dan isteri mencuba untuk mendapatkan anak selama empat tahun setengah. Apabila dapat tahu isteri hamil, kami sangat gembira dan bila anak kami lahir, isteri dapat kesan sesuatu yang berbeza seawal usia 2 bulan.
Apabila menyusukannya dia langsung tidak pandang mata isteri, bila kami agah dia tiada respon dan isteri menceritakan kerisauannya tetapi saya menafikan sehinggalah pada suatu hari saya bawa anak bersiar-siar pada waktu malam tangannya ‘flapping’. Ketika itu berjurai air mata saya.
Menurut Dr Say, pada awalnya bukan mudah untuk dia menerima kenyataan bahawa dia memiliki seorang anak istimewa.
Anak tepat dua tahun, kami dapat diagnosis daripada pakar yang dia adalah moderate autism. Masa ini dunia saya hancur. Walaupun saya dapat tahu anak saya berbeza tapi saya terfikir di manakah salah saya? Kenapa tuhan uji sebegini walhal dah empat tahun setengah mencuba untuk dapatkan zuriat.
Bagaimanapun, dia tetap mahu menggalas tanggungjawab sebagai bapa dengan baik dan berusaha sedaya upaya membesarkan Ace.
Namun apabila saya kongsikan tentang anak autisme saya, ramai pengikut yang memberikan kata-kata semangat.
Yang berjaya buat saya berlapang dada adalah hidup di dunia ini adalah sementara dan apabila kita dah pergi nanti di akhirat kelak, akan ada seorang insan yang akan menunggu saya dan isteri di pintu syurga.
Jadi kami akan mencuba yang terbaik untuk membantu anak kami sekurang-kurangnya dia dapat menjaga diri sendiri apabila saya dan isteri sudah tiada nanti.
Untuk ibu bapa, ketahuilah yang kita ada satu tiket ke syurga nanti jadi jagalah mereka sebaik mungkin di dunia ini.
@say_shazril0 Kecewa Dapat Anak Autism Ramai dm kisah @mstaronlineofficial ni kat dm sy. I was once in his place. Mencari kesalahan lampau yg telah sy lakukan yg menyebabkan sy diuji sebegini sebab its not easy to accept that you have an autistic son that is going to be autistic throughout his life. Tapi somehow u have to move on, accept your kid’s disability & help them as much as u can so that at least when youre gone, they can take care of themselves.
Sumber: TikTok Dr Say