Kadang kala kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negara yang cukup aman damai. Tanpa pertumpahan darah, tanpa konflik, kita bebas menjalani kehidupan seperti biasa.
Namun sedar atau tidak disebalik kedamaian yang kita kecapi ini, wujud segelintir pihak yang tidak henti-henti mengkritik kemajuan negara. Itu tak betul, ini tak betul. Tak tahu apa yang betul di mata mereka.
Tengok video ini dan korang patut tanya diri sendiri adakah korang tergolong seperti lelaki ini?
Disebabkan beberapa insiden nahas yang melibatkan pesawat Malaysia Airline (MAS) kebelakangan ini nyata mengundang persepsi negatif ramai pihak.
Tiada siapa tahu perkara sebenar yang berlaku. Jadi kita yang tak tahu ini pun tak patut menjatuhkan MAS kot.
Kadang-kadang mereka ini tahu cakap je tak ada kualiti. Kualiti yang macam mana mereka nak sebenarnya? Best je kot lagu Najwa Latiff. Haha
Seriously korang malu ke bila pakai kereta Proton dan Perodua?
Kalau bukan kita yang bangga dan puji negara kita sendiri, siapa lagi kan? Walaupun ini hanya sekadar lakonan tapi kami percaya inilah realiti sebenar sedang berlaku di Malaysia.
Orang luar pula yang pertahankan negara kita?