Personaliti media sosial Madnor, berkongsi pendapatnya tentang konten-konten yang berkisarkan tentang kehidupan suami dan isteri.

Artikel Berkaitan: Bella Park Terkilan Dituduh Suka Buat Konten Menunjuk – ‘Allahuakbar Busuknya Hati’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Tegur Jenama Produk Makanan Popular – ‘Buatlah Konten Yang Mendatangkan Keberkatan’

Lelaki qawwam

@financialsaja.podcast

“Apa Ciri-Ciri Lelaki Qawwam?” Tetamu kali ini adalah @Muhammad Noor bin Zakaria Pempengaruh & Penasihat Gen Z Tonton Podcast Penuh Di Channel Merah BuatSaja Podcast. FinancialSajaPodcast, Podcast Inspirasi Kewangan On The Way Nombor 1 di Malaysia.

♬ original sound – FinancialSaja Podcast – FinancialSaja Podcast

Menerusi perkongsian di audio siar, Financial Saja, Madnor atau nama sebenarnya, Muhammad Noor Zakaria, berkata seorang lelaki perlu mempunyai sifat qawwam iaitu memimpin dan melindungi wanita serta keluarga.

Dia menjadi pelindung dan memimpin, bukan selepas jadi suami baru nak qawwam.

Waktu berkenalan lagi kena tunjukkan sifat boleh memimpin.

Menurut Madnor, seseorang wanita boleh menilai sifat tersebut berdasarkan keperibadiaan lelaki pilihan hatinya sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Daripada sosial media pun kadang-kadang dah boleh nampak, sebelum kahwin dah boleh nampak dia qawwam atau tidak.

Contohnya, benda-benda yang mudah pun nak jadikan ia rumit.

Dalam masa sama, Madnor menegaskan bahawa dia kurang senang dengan kandungan media sosial yang sering memaparkan seorang suami takut pada isteri.

Konten-konten takut bini ni, saya memang tak berkenan. Buat konten bini pegang kuali, suami takut dan menggigil.

Mungkin akan ada yang kata nampak seronok, tetapi saya tak nampak ia menyeronokkan.

Ada konten yang menunjukkan wanita mesti menjadi seorang yang rumit. Seolah-olah satu simbol kebahagiaan rumah tangga itu isteri mesti bersifat rumit, barulah perkawinan itu normal.

Padahal mereka sahaja yang rasa begitu, pada saya tidak.

Sumber: TikTok Financial Saja Podcast