Sejak kebelakangan ini muncul pelbagai dakwaan berkaitan kehidupan peribadi penyanyi Hafiz Suip yang menjadi antara tumpuan warganet.
Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Rindu Anak-Anak, Tanda Pagar #JanganMainApi & Kapsyen ‘Goyang Ke Tu’ Timbul Tanda Tanya Netizen
Artikel Berkaitan: Anak Mahu Tiru Imej Rambut Hijau, Hafiz Suip Terus Botakkan Kepala – ‘Beristighfar Saya Masa Itu’
Respon Hafiz
Menerusi perkongsian di TikTok Story, Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip menyelar komen seorang warganet yang dilihat dengan sengaja menimbulkan spekulasi tentang rumah tangganya.
Aku ada baca satu komen ni, dia kata ‘dia bercerai sebab suami abaikan dia’. Aku rasa kelakar komen tu.
Kau nak cerita apa sebenarnya kak? Kau nak cerita aib kau.. tak payah. Orang tak nak tahu. Sibuk nak jadi cikgu nak ajar orang.
Susulan itu, pelantun lagu Kisah Cinta Kita mengingatkan warganet agar tidak sewenang-wenangnya campur tangan dalam urusan peribadinya.
Korang tak kenal aku jadi korang jangan sembang macam korang kenal aku sangat. Ini live aku suka hati aku la nak cakap apa. Kalau tak suka jangan tengok live aku, jangan follow aku.
Terdahulu, tindakan Hafiz memuat naik gambar anak-anaknya dengan menzahirkan kerinduan terhadap mereka telah menyorot perhatian warganet.
Ia susulan, timbul dakwaan rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah sedang goyah.
Sebelum itu, Hafiz didakwa menghilangkan diri selepas menyahaktif akaun Instagram miliknya.
Untuk info, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
@ohbulanofficial Lain betul penampilan Hafiz Suip sekarang ek? #ohbulan #sembangentertainment #hafizsuip #korang #tak #kenal #aku
Sumber: TikTok Hafiz Suip